Page 183 - MANUAL PENGURUSAN
P. 183
MANUAL PENGURUSAN 2019
SASARAN:
1. Semua ibu bapa /penjaga
2. Komuniti setempat
3. Pengurusan Felda
4. Sektor swasta
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak
di sekolah dan luar sekolah.
2. Menimbulkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid.
3. Memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan
anak-anak mereka.
4. Mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan dalam komuniti untuk
menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi manfaat kepada sekolah.
5. Menggalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat
pengajaran penting melalui proses tersebut.
6. Mengadakan mesyuarat AJK PIBG sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
7. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
SENARAI TUGAS:
1. Menyimpan rekod senarai ahli PIBG sekolah.
2. Menyimpan rekod kehadiran ahli PIBG (guru/ibu bapa/penjaga):
2.1 Hari Pendaftaran Tingkatan 1
2.2 Program Kecemerlangan Akademik
2.3 Hari Penetapan Target
2.4 Mesyuarat Agung PIBG
2.5 Hari Pelaporan
2.6 Hari Sukan Tahunan Sekolah
2.7 Hari Anugerah Cemerlang
2.8 Mesyuarat Permuafakatan
2.9 Program Ziarah Kasih
2.10 Majlis Graduasi
2.11 Majlis Solat Hajat Perdana
2.12 Majlis Restu
PERANAN JK INDUK PIBG/KOMUNITI
1. Menentukan halatuju program sarana ibu bapa dan sarana sekolah;
2. Merancang dan memastikan pelaksanaan program / aktiviti di peringkat sekolah;
3. Meningkatkan peranan / kerjasama antara sekolah dan komuniti;
4. Memastikan soal selidik sarana ibu bapa dan sarana sekolah dilaksanakan;
5. Memastikan pelaporan disediakan selepas pelaksanaan program;
6. Memastikan objektif sarana ibu bapa dan sarana sekolah dapat dicapai;
7. Menyelia dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat sekolah.
8. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 168