Page 185 - MANUAL PENGURUSAN
P. 185

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               5.  Makanan  hendaklah  disediakan  dalam  keadaan  bersih  dan  segar.  Simpanan
                    sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.
               6.  Memastikan  makanan  yang  hendak  dijual,  ditutup  dengan  tudung  saji/kain  maslin  atau
                    disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkan dihinggapi lalat dan sebagainya.
               7.  AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar
                    mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.
               8.  Memastikan permukaan lantai kantin/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan
                    dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.
               9.  Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.
               10.  Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
               11.  Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.
               12.  Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
               13.  Memastikan  murid  dan  guru  mempunyai  tempat  duduk  yang  mencukupi,  selamat  dan
                    sesuai.
               14.  Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.
               15.  Menyampaikan laporan bulanan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang prestasi
                    kantin.
               16.  Mengadakan mesyuarat  kantin sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan perbincangan dari
                    semasa ke semasa.
               17.  Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
               18.  Membuat  laporan  setiap  program  yang  dilaksanakan  untuk  didokumentasikan  dan
                    melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM


               4.7    JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


               PENGENALAN:

               Perancangan ini bertujuan untuk memastikan kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
               digunakan dengan sebaik mungkin dan memberi manfaat sepenuhnya kepada semua murid.

               MATLAMAT:


               1.  Memastikan semua murid mendapat bekalan buku teks secukupnya.
               2.  Memastikan semua murid menjaga dan menghargai buku pinjaman masing-masing.
               3.  Memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada murid selaras dengan usia mereka.

               OBJEKTIF:

               1.  Untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
               2.  Untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pembelajaran.
               3.  Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
               4.  Untuk memastikan matlamat kemenjadian murid dalam peperiksaan dan pentaksiran dapat
                    dicapai melalui penggunaan Buku Teks.



               SASARAN:
               1.  Semua murid.

               JANGKA MASA:
               1.  Sepanjang tahun.



                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    170
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190