Page 189 - MANUAL PENGURUSAN
P. 189
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.5 Meletakkan tanda amaran „BAHAYA‟ atau „KAWASAN LARANGAN‟ di tempat-
tempat yang merbahaya.
4.6 Memastikan setiap bilik-bilik khas mempunyai carta peraturan keselamatan.
4.7 Memastikan setiap kelas dan bilik-bilik khas mempunyai Pelan Kawad Kecemasan.
4.8 Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun dua kali.
4.9 Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kemalangan/kesesakan.
4.10 Membuat pemantauan berkala bagi memastikan semua suis, alat elektrik dan
pendawaian selamat.
4.11 Memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik, berfungsi dan mencukupi.
4.9 JAWATANKUASA SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)/ MODUL
PENGURUSAN MURID (MPM – APDM)
PENGENALAN:
Sistem Maklumat Murid (SMM) ialah sistem maklumat murid berkomputer.
Adalah sesuatu yang penting bagi sekolah-sekolah untuk menggunakan sistem maklumat murid
berkomputer kerana dengan cara itu nama murid tidak perlu ditulis berulang-ulang kali untuk
sesuatu kegunaan. Bukan itu saja, bahkan carian maklumat murid begitu pantas sekali dengan
cara memasukkan sebahagian nama pada bar carian. Ini menjadikan pengurusan sekolah lebih
cekap dan pantas dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Sistem ini dilengkapi dengan urusan pertukaran sekolah murid warganegara dengan hanya
mendapat maklumat yang minimum seperti nama sekolah baru dan alamat baru, kerana
maklumat-maklumat lain sudah tersedia dalam komputer.
Selain itu sistem ini juga menyediakan kemudahan mencatat kehadiran harian murid dan
menghantar surat-surat amaran sekiranya murid-murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari
melalui Sistem Merit Demerit. Rekod kehadiran ini juga akan dilaporkan dalam Sistem Laporan
Adab Belajar.
Modul Pengurusan Murid (MPM – APDM)
Modul Pengurusan Murid adalah penjenamaan baru bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM). Ianya merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu pangkalan data
tunggal bagi semua murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan
beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data
berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh
pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang.
e-KEHADIRAN
Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara dalam
talian. Pembantu tadbir akan membantu guru kelas mencatatkan kehadiran murid ke dalam
sistem ini setiap hari.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 174