Page 190 - MANUAL PENGURUSAN
P. 190

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               SENARAI TUGAS MPM/APDM

               1.  Merancang pengurusan data dam maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
                    oleh Bahagian-Bahagian di KPM, JPN, PPD dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
               2.  Bertanggungjawab    bagi  pengurusan  data  di  bawah  sistem  aplikasi  EMIS  iaitu
                    melaksanakan  pengumpulan,  pemprosesan,  penyimpanan,  pengeluaran,  pelaporan,
                    pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan
                    jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
                    2.1  guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                    2.2  pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                    2.3  staf/kakitangan bukan guru;
                    2.4  profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah.
               3.  Membantu  guru  dan  staf  sokongan  dalam  penyelarasan  data  dan  maklumat  pendidikan
                    seperti  HRMIS,  Sistem  Maklumat  Murid  (SMM),  Sistem  Salah  Laku  Disiplin  Murid
                    (SSDM 2.0), KWAPM, peperiksaan, kokurikulum, SPBT dan lain-lain.
               4.  Membantu pihak pengurusan sekolah mengemaskini data dan maklumat peringkat sekolah
                    bagi PIPP.
               5.  Membantu Pentadbiran mengenai kemasukan dan penempatan murid.
               6.  Menguruskan dan mengemaskini buku pendaftaran / rekod / sijil murid.
               7.  Membantu guru kelas mengemaskini maklumat murid.
               8.  Membantu ibu bapa / penjaga dalam urusan pertukaran murid.
               9.  Mengurus rekod aliran pertukaran dan keluar masuk murid.
               10.  Menguruskan penyediaan senarai kemasukan murid ke sekolah menengah.
               11.  Mengedar dan menyimpan kad, buku atau rekod kemajuan murid kepada guru kelas.
               12.  Menguruskan pengeluaran sijil berhenti sekolah bersama guru kelas Tahun 6.
               13.  Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan maklumat murid, ibu
                    bapa/penjaga dan maklumat-maklumat lain yang terkandung di dalam APDM.
               14.  Guru  kelas  perlu  mengemaskini  semua  data  dan  maklumat  murid  yang  berada  di  dalam
                    kelasnya dari masa ke semasa.
               15.  Guru kelas bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat
                    murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan maklumat murid di dalam kelasnya
                    adalah di bawah tanggungjawab guru kelas berkenaan.



               5.0 PUNCA KUASA UNIT HAL EHWAL MURID

               Punca Kuasa bagi Unit Hal Ehwal Murid yang digunakan adalah seperti berikut:

                   1.  ORDINAN PELAJARAN, 1957
                   2.  PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN) SEKOLAH 1959
                   3.  PERATURAN PENDIDIKAN 1980,1998
                   4.  AKTA PELAJARAN 1961 dan 1996

                   5.  SURAT PEKELILING IKHTISAS UNIT HEM
                   Mohon sentiasa merujuk untuk kemaskini pengetahuan dari laman web Kementerian
                   Pelajaran Malaysia mengenai pekeliling berkaitan Hal Ehwal Murid dari setiap unit dari
                   masa kesemasa






                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    175
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195