Page 186 - MANUAL PENGURUSAN
P. 186

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               SENARAI TUGAS:

               1.  Menyelaras  hal-hal  pengeluaran,  pengambilan,  pengagihan,  dan  hapuskira  buku-buku
                    bantuan.
               2.  Mengurus kutipan data-data, mengawal buku-buku stok dan mengawal buku-buku bantuan.
               3.  Bertanggungjawab  mengadakan  pemeriksaan  dengan  kerjasama  pengawas  dan  guru-guru
                    serta berhak menuntut gantirugi kepada murid yang merosakkan buku SPBT.
               4.  Mengedarkan  borang  permohonan  SPBT  kepada  murid  dan  borang  yang  sudah  lengkap
                    dikumpul oleh guru kelas seterusnya diserahkan kepada guru SPBT.
               5.  Mengadakan  mesyuarat  yang  dipengerusikan  oleh  Pengetua/PK  HEM  bagi  menentukan
                    murid-murid yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa.
               6.  Mengedarkan senarai nama murid yang layak dan tidak layak kepada guru kelas.
               7.  Membuat pesanan buku:
                    7.1  pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks;
                    7.2  mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu);
                    7.3  membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya;
                    7.4  mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.
               8.  Pengedaran:
                    8.1  menentukan tarikh pengedaran;
                    8.2  mengedarkan buku teks;
                    8.3  mengesan kelancaran pengedaran;
                    8.4  mendapatkan borang daripada murid yang baru masuk/bertukar sekolah;
                    8.5  mengedarkan buku kepada murid-murid yang baru masuk;
                    8.6  memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar;
                    8.7  memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua murid yang
                         layak;
                    8.8  memastikan  guru  kelas  telah  melengkapkan  borang  pinjaman  SPBT/Borang  G
                         mengikut jadual.
               9.  Pengurusan Rekod dan Dokumen:
                    9.1  menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis;
                    9.2  rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas);
                    9.3  senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan;
                    9.4  menyimpan rekod, hapus kira, rosak atau hilang.
               10.  Pengurusan Keselamatan Buku:
                    10.1  memastikan ada bilik khas SPBT (BOSS);
                    10.2  mengurus bilik BOSS;
                    10.3  membuat peraturan penggunaan bilik BOSS;
                    10.4  peraturan mengedarkan ke sekolah lain;
                    10.5  memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan plastik.
               11.  Pengurusan Pemulangan Buku:
                    11.1  menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas;
                    11.2  menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/kelas;
                    11.3  melaporkan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan:
                         11.3.1  peratus dan jumlah rosak/hilang
                         11.3.2  guru bertugas
                         11.3.3  hapus kira
                         11.3.4  kekurangan/lebihan.
               12.  Pengurusan Stok dan Inventori:
                    12.1  surat-menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pelajaran Negeri;
                    12.2  menyimpan invois, bil dan pengesahannya;
                    12.3  melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat;


                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    171
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191