Page 178 - MANUAL PENGURUSAN
P. 178

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               STRATEGI:

               1.  Membantu memberi khidmat nasihat kepada murid yang terlibat dengan masalah disiplin,
                    penyalahgunaan dadah dan inhalan.
               2.  Mengenal pasti dan memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang kerap
                    ponteng sekolah.
               3.  Bekerjasama  dengan  Unit  Disiplin  melakukan  siasatan  jika  ada  berlaku  kes  salah  laku
                    sederhana dan berat.
               4.  Memberi nasihat pertama dan laporan serta pengesahan pada setiap masalah salah laku dari
                    SSDM v2.0.

               SENARAI TUGAS:

               1.  Menyelaras,  merancang,  melaksana,  dan  menilai  semua  program  dan  aktiviti  Bimbingan
                    dan Kaunseling di peringkat sekolah.
               2.  Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru
                    dan murid.
               3.  Menganjurkan  kursus,  seminar,  bengkel,  dan  lain-lain  program/aktiviti  Bimbingan  dan
                    Kaunseling untuk murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG).
               4.  Menyediakan  laporan  lengkap  warga  sekolah  yang  telah  mengikuti  sesi  bimbingan  dan
                    kaunseling.
               5.  Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah
                    di sekolah.
               6.  Menjalankan tugas yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.
               7.  Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
               8.  Membuat  laporan  setiap  program  yang  dilaksanakan  untuk  didokumentasikan  dan
                    melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.


               4.3.1 JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

               PENGENALAN:


               Perancangan  ini  juga  bertujuan  untuk  memberikan  kesedaran  kepada  murid-murid  dan
               kakitangan sekolah mengenai bahaya dadah dan inhalan serta membebaskan mereka daripada
               dadah  dan  ketagihan  penghiduan  gam.  Ia  juga  bertujuan  untuk  mewujudkan  Sekolah  Bebas
               Dadah dan Negara Bebas Dadah tahun 2016.

               OBJEKTIF:

               1.  Membantu pihak sekolah menyelesaikan permasalahan murid dalam pembelajaran.
               2.  Mempertingkatkan kesedaran bahaya dan bahaya ancaman penggunaan dadah dan inhalan
                    kepada semua warga sekolah.
               3.  Membina  kekuatan  dalaman  murid  agar  menjauhi  dadah,  rokok,  alkohol,  gam,  termasuk
                    HIV dan AIDS.
               4.  Menanam kesedaran supaya tidak terlibat dengan dadah.
               5.  Mewujudkan  hubungan  dua  hala  antara  sekolah  dengan  ibu  bapa  /  AADK  /  polis  /
                    PEMADAM / Penjara dan PIBG dalam tugas pencegahan dadah.

               SASARAN:
               1.  Semua warga sekolah.


                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    163
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183