Page 177 - MANUAL PENGURUSAN
P. 177
MANUAL PENGURUSAN 2019
3.1 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin.
3.2 Pernyataan Peraturan dalam Buku Peraturan Sekolah setiap kali perhimpunan rasmi
sekolah.
3.3 Pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.
4. Memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.
5. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan
tatatertib dan salahlaku mengikut tatacara SSDM 2.0
6. Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin atau
buku laporan disiplin dan direkodkan dalam SSDM v2.0.
7. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Kanan
HEM sebulan sekali (perjumpaan bulanan).
8. Mengadakan mesyuarat unit Disiplin sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
9. Memantau dan mengemaskini data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM v2.0) dan
menghantar laporan mengikut tarikh yang telah di tetapkan.
10. Menyemak kedatangan murid dalam Jadual Kedatangan Murid dan mengenal pasti murid
yang ponteng berturut-turut atau berkala dan terus kemukakan kepada PK HEM untuk
tindakan selanjutnya.
11. Mengadakan mesyuarat Sidang Kes jika perlu (atas nasihat Pengetua).
12. Menguruskan Perhimpunan Rasmi sekolah setiap hari Isnin.
13. Membuat laporan setiap program yang dilaksanakan untuk didokumentasikan dan
melengkapkan Jadual 5 Perancangan Strategik Unit HEM.
4.3 JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING (UBK)
PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan menjadikan Unit Bimbingan & Kaunseling berfungsi sebagai satu
unit memberi bimbingan dan motivasi untuk menangani murid-murid yang bermasalah yang
boleh menjejaskan pembelajaran mereka dan meningkatkan amalan baik diri murid. Unit ini
juga berperanan menjadi tempat murid-murid mendapatkan nasihat dan bimbingan yang terbaik
selain mendapatkan punca permasalahan untuk diselesaikan.
OBJEKTIF:
1. Membantu pihak sekolah menyelesaikan permasalahan murid dalam pembelajaran.
2. Memastikan tindakan segera diambil bagi membantu murid yang berisiko.
3. Menanam kesedaran murid supaya tidak terlibat dengan masalah disiplin.
4. Meningkatkan amalan baik diri murid.
5. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / PIBG dalam tugas
meningkatkan peratus kehadiran murid.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 162