Page 168 - MANUAL PENGURUSAN
P. 168

MANUAL PENGURUSAN                   2019




                                tidak  datang  ke  sekolah  selama  tiga  (3)  hari  berturut-turut  atau  pada  hari
                                kesepuluh (10) murid tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat.
                        4.1.2   Surat Amaran Kedua
                                Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah
                                tujuh  (7)  hari  berturut-turut  selepas  Surat  Amaran  Pertama.  Surat  Amaran
                                Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (O) sebanyak 20 hari
                                bukan secara berturut-turut.
                        4.1.3   Surat Amaran Ketiga
                                Surat  Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-
                                apa komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat
                                tersebut  juga  untuk  murid  yang  telah  ditandai  (O)  sebanyak  40  hari  bukan
                                secara berturut-turut.
                        4.1.4   Buang Sekolah
                                Selepas  tempoh  empat  belas  (14)  hari  ponteng  sekolah  daripada  tarikh
                                penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau
                                selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari tidak hadir bukan berturut-
                                turut,  murid  boleh  dibuang  sekolah.  Surat  untuk  tujuan  memberitahu  ibu
                                bapa/penjaga bahawa murid telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani
                                oleh  Pengetua.  Murid  tidak  boleh  diterima  semula  selepas  itu  tanpa
                                merujukkannya kepada Pengetua.

                   4.2  Penghantaran  surat-surat  dengan  cetakan  terus  dari  SSDM  2.0  adalah  seperti  jadual
                        berikut :

                                                     Hari Tidak Hadir (P)             Hari Tidak Hadir (P)
                                Surat
                                                        Berturut-turut                Bukan Berturut-turut
                        Amaran Pertama         pada hari ke-3                 pada hari ke-10
                        Amaran Kedua           7 hari selepas Amaran Pertama   10 hari lagi selepas Amaran Pertama
                        Amaran Ketiga          7 hari selepas Amaran Kedua    20 hari lagi selepas Amaran Kedua
                        Buang Sekolah          14 hari selepas Amaran Terakhir   20 hari lagi selepas Amaran Terakhir
                        Jumlah Hari Tidak Hadir   31 hari berturut-turut      60 hari bukan berturut-turut

                   4.3  Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk simpanan
                        ke dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh:
                        4.3.1   Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh PK HEM
                        4.3.2   Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh PK HEM
                        4.3.3   Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh PK HEM
                        4.3.4   Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Pengetua.

                   4.4  Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan
                        secara  lisan  atau  menulis  surat  kepada  pihak  sekolah  (guru  kelas)  atau
                        menelefon/media  sosial  ke  sekolah  untuk  memaklumkan  sebab  tidak  hadir.  Pelajar
                        yang  tidak  hadir  ke  sekolah  tanpa  sebab  selama  tiga  hari  berturut-turut  akan  dicatat
                        sebagai  ponteng  sekolah  setelah  segala  usaha  menghubungi  ibubapa/penjaga  gagal
                        dilaksanakan.
               5.  Perlaksanaan Program Kesihatan.
                   5.1  Sekolah  akan  memastikan  tahap  kesihatan  murid  sentiasa  baik  melalui  program-
                        program yang dirancang seperti:
                        5.1.1   Pemeriksaan Gigi dan Mata
                        5.1.2   Pemeriksaan Kesihatan
                        5.1.3   Program makanan seimbang di kantin sekolah


                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    153
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173