Page 167 - MANUAL PENGURUSAN
P. 167

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               3.  Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
                   3.1  Semua  murid  perlu  memiliki  Buku  Peraturan  Sekolah  dan  mematuhi  peraturan  di
                        dalamnya pada setiap masa.
                   3.2  Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
                   3.3  Semua murid lelaki dikehendaki memakai tali leher semasa perhimpunan setiap hari
                        Isnin.
                   3.4  Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid Tingkatan 1 hingga
                        Tingkatan 5.
                   3.5  Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
                        3.5.1 Pencalonan oleh guru disiplin/guru kelas dengan persetujuan Pengetua/PK Hem.
                        3.5.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas Sekolah.
                        3.5.3 Kursus pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
                        3.5.4 Majlis watikah pelantikan.
                   3.6  Murid  yang  sering  melanggar  peraturan  sekolah,  akan  dikenakan  tindakan  mengikut
                        “Standard Procedure Operation” berserta Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia
                        dengan menggunakan Sistem SalahLaku Disiplin Murid Versi2.0 (SSDM 2.0)
                   3.7  Sekolah  akan  mengamalkan  pendekatan  melaksanakan  AMALAN  BAIK  dan
                        NASIHAT &  BIMBINGAN dari semua  guru  menepati konsep Budaya Penyayang ;
                        guru  sebagai  Guru  Disiplin  dan  Guru  Kaunseling  dalam  menangani  permasalahan
                        disiplin  murid.  Semua  murid  yang  melakukan  kesalahan  akan  dirujuk  kepada  guru
                        bimbingan  dan  kaunseling  untuk  sesi  bimbingan  dan  hanya  akan  diambil  tindakan
                        selepas tiada perubahan sikap murid terlibat.
                   3.8  Memastikan  murid  sekolah  ini  tidak  terlibat  dengan  kegiatan-kegiatan  yang  tidak
                        bermoral  seperti  berikut;  ponteng  sekolah,  merokok,  pergaduhan,  kelakuan  lucah,
                        membuli,  kurang  ajar  atau  biadap  dan  merosakkan  harta  benda  sekolah  atau  awam
                        (VANDALISME).
                   3.9  Ibu  bapa  murid  yang  melanggar  peraturan  sekolah  akan  dipanggil  ke  sekolah  untuk
                        tujuan makluman dan penyelesaiaan masalah dan laporan akan disediakan bagi tujuan
                        rekod  dan  rujukan.  Sekolah  mendahulukan  perbincangan  bersama  ibubapa/penjaga
                        dalam  penyelesaian  masalah  disiplin  murid  untuk  mencapai  kehendak  Kementerian
                        Pelajaran Malaysia.
                   3.10 Bagi  kesalahan  serius  pihak  sekolah  akan  meminta  nasihat  dan  merujuk  kepada
                        pegawai perhubungan sekolah (polis) bagi tujuan penyelesaian masalah.
                   3.11 Berusaha  menerapkan  Nilai  Amalan  Baik  melalui  pelbagai  aktiviti  yang  dirancang.
                        Antara program yang boleh digunapakai;
                        3.11.1  Program Sekolah Penyayang
                        3.11.2   Program Jom Amal Baik
                        3.11.3  Program Jom Ke Sekolah
                        3.11.2  Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Sekolah
                        3.11.3  Program Sambutan Majlis Perayaan
                        3.11.4  Program/Aktiviti dari Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan KoKurikulum.
                   3.12 Memastikan  semua  murid  mematuhi  dan  mengamalkan  peraturan-peraturan  sekolah
                        yang telah ditetapkan.
                   3.13 Membantu  murid  dalam  masalah  disiplin  supaya  menjadi  insan  yang  dihargai  oleh
                        semua guru dan kakitangan sekolah.

               4.  Ponteng Sekolah.
                   4.1  Bagi  murid  yang  ponteng  kelas  dan  ponteng  sekolah  secara  berkala  tindakan  akan
                        diambil seperti berikut melalui Sistem SSDM V2.0
                        4.1.1   Surat Amaran Pertama
                                Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang

                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    152
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172