Page 232 - MANUAL PENGURUSAN
P. 232
MANUAL PENGURUSAN 2019
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM
1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang/Pendek.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
7. Menentukan tarikh kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Perkhemahan
Perdana, Kawad Kaki dan kegiatan lain.
8. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
9. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah.
10. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan
digunakan.
11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
12. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid.
BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Menentukan objektif gerakkerja kokurikulum sekolah tercapai.
2. Bertanggungjawab dalam pelaksanaa dasar gerakkerja kokurikulum sekolah.
3. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakkerja kokurikulum.
4. Memastikan supaya setiap unit gerakkerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan
berkesan.
5. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
6. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
7. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
8. Menerima laporan kkedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
9. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha
kokurikulum , penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
10. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan
dalam aktiviti kokurikulum.
BIDANG TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan
dan penilaian pelajar.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan / kelab / pasukan badan
beruniform dan sukan / permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan dengan mereka.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 217