Page 229 - MANUAL PENGURUSAN
P. 229
MANUAL PENGURUSAN 2019
12.4 Anugerah Pasukan Cemerlang Kokurikulum
12.4.1 Peringkat penglibatan tertinggi dalam aktiviti
12.4.2 Tahap pencapaian tertinggi dalam pertandingan.
12.4.3 Menganjurkan program khas khususnya aktiviti khidmat sosial
12.4.4 Mengaplikasikan ICT dalam aktiviti yang dianjurkan.
12.4.5 Mengurus fail/BLAK dengan baik dan serba lengkap.
12.4.6 Penglibatan ahli yang aktif secara menyeluruh.
12.5 Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum
12.5.1 Peringkat penglibatan/pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum
12.5.2 Kebolehan mengendalikan pelbagai aktiviti.
12.5.3 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi serta telah
memberi khidmat cemerlang kepada pembangunan bidang
kokurikulum di sekolah.
12.6 Anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum
12.6.1 Pencapaian tertinggi sekurang-kurangnya peringkat kebangsaan
12.6.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan
imej yang terpuji.
13.0 Pinjaman Peralatan atau jersey.
13.1 Sebarang peminjaman peralatan kokurikulum mesti mengisi borang
permohonan pinjaman sekurang-kurangnya sehari sebelum alatan atau jersey
diperlukan.
13.2 Alatan yang telah dipinjam mesti dipulangkan kembali dalam keadaan yang
sempurna pada tarikh seperti yang tercatat di dalam borang permohonan
pinjaman peralatan kokurikulum. Alatan yang rosak juga mesti dipulangkan,
dimaklumkan kepada setiausaha berkaitan dan direkodkan.
13.3 Pemulangan jersey perlu lengkap dan akur dengan jumlah yang dipinjam.
Sebarang kehilangan perlu diganti dengan harga perolehan semasa jersey
tersebut. Guru Penasihat diingatkan untuk berhati-hati dalam pengedaran jersey
dan memastikan bahawa setiap jersey yang diedarkan mesti direkodkan nama
peminjam agar risiko kehilangan dapat dielakkan.
13.4 Guru-guru penasihat sukan dan permainan hendaklah mengutip semula semua
jersey selepas setiap permainan untuk urusan pembersihan di kedai dobi oleh
guru penasihat. Bil dobi boleh dituntut daripada peruntukan Kokurikulum.
Tuntutan dobi dibenarkan untuk tujuan pertandingan rasmi sukan sahaja. Ia juga
adalah langkah untuk mengurangkan risiko kehilangan.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 214