Page 224 - MANUAL PENGURUSAN
P. 224
MANUAL PENGURUSAN 2019
DASAR KETETAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM
1.0 Penyertaan Murid
1.1 Setiap murid diwajibkan menyertai empat aktiviti kokurikulum yang terdiri
daripada satu
a. Kelab Sukan / Permainan,
b. Pasukan Badan Beruniform
c. Persatuan/Kelab Ko-akademik
d. Rumah sukan
1.2 Murid hanya boleh menyertai kelab/persatuan/pasukan aktiviti kokurikulum
berdasarkan Sukan dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform serta Kelab
dan Persatuan yang ditawarkan sekolah sahaja.
1.3 Walau bagaimanapun pihak sekolah tiada halangan jika murid ingin menyertai aktiviti
„extra‟ dengan syarat ibu bapa bertanggung jawab sepenuhnya dari segi pengangkutan,
keselamatan, kebajikan & kewangan berkaitan.
2.0 Masa Aktiviti
2.1 Masa aktiviti bagi setiap aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut;
2.1.1 Semua aktiviti Kelab Ko akademik dan Kelab Permainan dan Pasukan Badan
Beruniform adalah : setiap hari Rabu
: 1.10 - 5.10 ptg.
2.1.2 Jadual Pelaksanaan adalah berpandukan kalendar sekolah.
3.0 Bilangan perjumpaan
3.1 Bilangan perjumpaan minima setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5
3.1.1 Sukan dan Permainan : 18 kali perjumpaan x 2 jam
3.1.2 Pasukan Badan Beruniform : 18 kali perjumpaan x 2 jam
3.1.3 Kelab dan Persatuan : 18 kali perjumpaan x 2 jam
4.0 Kod Pakaian
4.1 Kod pakaian bagi aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut.;
4.1.1 Aktiviti Sukan dan Permainan
4.1.1.1 Baju-T rumah sukan dan seluar trek hitam.
Perempuan : lengan panjang,
Lelaki : lengan pendek berkolar.
Kasut : kasut sukan
(Bagi murid perempuan bertudung : tudung sekolah sahaja dibenarkan.)
4.1.2 Aktiviti Unit Beruniform
4.1.2.1 Pakaian seragam pasukan badan beruniform masing-masing
mengikut kesesuaian.
4.1.3 Aktiviti Kelab dan Persatuan
4.1.3.1 Pakaian seragam sekolah, pakaian sukan sekolah atau baju-T
kokurikulum.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 209