Page 228 - MANUAL PENGURUSAN
P. 228

MANUAL PENGURUSAN                  2019



                          11.1.4         Penilaian boleh dibuat selepas aktiviti sepanjang  tahun oleh guru
                                 penasihat masing-masing.
                          11.1.5  Pengumpulan data akan disimpan oleh aplikasi PAJSK yang disediakan
                                 oleh Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian KPM.

                   11.2   Semua  perjawatan,  penglibatan  serta  pencapaian  murid  dalam  perkara  11.1
                          harus direkod dan dinilai mengikut spesifikasi.

            12.0   Pemilihan Penerima Anugerah Kokurikulum.
                   12.1   Sijil Penyertaan
                          12.1.1 Wakil sekolah, sekurang-kurangnya ke pusingan suku akhir dalam
                                 sebarang pertandingan.
                          12.1.2 Tidak memperoleh pencapaian tempat pertama, kedua atau ketiga
                                 dalam sebarang pertandingan sebagai wakil sekolah.
                          12.1.3 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan
                                 imej yang terpuji.
                          12.1.4 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus
                                 kepada pelajar setelah ditandatangani oleh Pengetua.

                   12.2   Sijil Penghargaan
                          12.2.1 Telah memberi sumbangan dengan penuh dedikasi, khidmat yang
                                 cemerlang kepada Kelab/Persatuan/Badan Beruniform.
                          12.2.2  Berkebolehan  dalam  pengurusan  aktiviti  mingguan  atau  projek
                                          khas.
                          12.2.3 Mencapai gred kokurikulum minimum `B‟ atau GPA 60 markah.
                          12.2.4Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan berketerampilan baik.
                          12.2.5 Sijil dicetak oleh guru penasihat masing-masing dan diedar terus
                                 kepada      pelajar    setelah     ditandatangani      oleh    Pengetua       di
                                     perhimpunan.

                   12.3   Sijil Pencapaian
                          12.3.1 Sijil Kepujian
                          12.3.1.1 Memperoleh pencapaian pada peringkat daerah dan seterusnya
                                    mewakili daerah ke peringkat negeri.
                          12.3.1.2 Penglibatan aktif, berdisiplin, bertanggungjawab dan penampilan
                                        imej yang terpuji.
                          12.3.1.3 Murid yang mempunyai rekod salah laku berat dikira tidak
                                    layak  manakala  yang  mempunyai  rekod  salah  laku  sederhana  boleh
                                   dipertimbangkan        dengan       kata      putus      ditentukan      oleh
                                   pengetua.

                          12.3.2 Sijil Cemerlang
                          12.3.2.1Memperoleh pencapaian Johan, Naib Johan atau tempat
                                 ketiga pada peringkat negeri ATAU mewakili negeri ke
                                 peringkat kebangsaan ATAU mewakili negara ke
                                 peringkat antarabangsa.
                          12.3.1.2Penglibatan  aktif,  berdisiplin,  bertanggungjawab  dan  penampilan  imej
                                 yang terpuji.


                                      BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    213
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233