Page 227 - MANUAL PENGURUSAN
P. 227
MANUAL PENGURUSAN 2019
dan selamat digunakan.
9.1.4 Memastikan kawasan selesa dan selamat.
9.2 Guru penasihat menyelia aktiviti atau perjumpaan murid.
9.2.1 Guru sentiasa berada bersama pelajar dan menyelia pelajar
sepanjang masa aktiviti dijalankan.
9.2.2 Guru mengawasi penggunaan peralatan oleh pelajar semasa
aktiviti dijalankan.
9.3 Sebelum menamatkan aktiviti atau perjumpaan, guru penasihat dikehendaki,
9.3.1 Memastikan pintu, tingkap, lampu dan kipas ditutup.
9.3.2 Memastikan bilik/kawasan aktiviti bersih dan kemas.
9.3.3 Memulangkan semua peralatan yang dipinjam kepada pihak yang
memberi pinjaman. Sebarang kerosakan atau kehilangan
peralatan
perlu dimaklumkan kepada pihak yang memberi pinjaman. Kehilangan
atau kerosakan peralatan yang disebabkan kecuaian pihak yang
meminjam akan ditanggung sendiri oleh pihak tersebut.
10.0 Pengurusan dan pengelolaan aktiviti luar sekolah.
10.1 Menyedia dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP)
10.2 Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga lebih awal kepada murid
terlibat kemudian mengumpul dan memastikan ianya ditandatangani oleh ibu
bapa/penjaga murid sebelum murid di bawa keluar.
10.3 Membuat tempahan bas (murid terlibat melebihi 20 orang) atau van (murid
kurang daripada 13 orang) dengan mengisi borang permohonan nota minta.
Keputusan/kebenaran muktamad adalah dari Pengetua.
10.4 Memastikan perkara 9.0 dipatuhi.
11.0 Penilaian Aktiviti Kokurikulum T1 - T5
11.1 RUJUK BUKU GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN &
KOKURIKULUM (PAJSK) YANG DITETAPKAN OLEH KPM.
11.1.1 Pentaksiran yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM pada
Mei 2012, diurus selia oleh Bahagian Kokurikulum & Kesenian bermula
April 2013.
11.1.2 Mengandungi 5 komponen yang ditaksir iaitu:
~BMI (Indeks Jisim Badan)
~SEGAK (Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan)
~Sukan/Permainan
~Kokurikulum (Kelab/Persatuan/Pasukan Badan Beruniform)
~Ekstra Kurikulum
11.1.3 Guru-guru PJPK dikehendaki menjalankan ujian SEGAK
(STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN) dua kali setahun
iaitu pada bulan Mac & bulan Ogos berpandukan spesifikasi panduan
BPK KPM 2016
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 212