Page 145 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 145

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                               BIDANG DAN SENARAI TUGAS
                            PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

               UMUM

               1.    Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.
               2.    Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
               3.    Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,
                     hubungan masyarakat dan keselamatan.
               4.    Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses PdPc.
               5.    Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
                     sekolah.

               KURIKULUM

               1.    Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan
                     sebagainya.
               2.    Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran diuruskan dengan baik dan
                     teratur
               3.    Membuat penyeliaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal
                     dan bengkel.
               4.    Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber
                     pendidikan.
               5.    Membantu serta membimBing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih,
                     guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam
                     menjalankan tugas harian mereka.
               6.    Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta
                     mencadangkan tindakan susulan.
               7.    Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
                     Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan.
               8.    Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan.
               9.    Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu
                     gantian.

               PENGURUSAN

               1.    Membantu menyelaras beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
               2.    Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru
                     serta staf sokongan.
               3.    Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat.
               4.    Membantu merancang takwim sekolah.
               5.    Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
               6.    Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan.
               7.    Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
               8.    Menjadi penandatangani kedua cek sekolah.
               9.    Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.




               Email: dea0042@edu.moe.my                                               135
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150