Page 149 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 149
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berterusan
Bilangan Hari Ponteng Surat Amaran
Tidak hadir 3 hari berturut-turut Surat Amaran Pertama Dikeluarkan
Tidak hadir 10 hari berturut-turut Surat Amaran Kedua Dikeluarkan
Tidak hadir 17 hari berturut-turut Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan
Tidak hadir 30 hari berturut-turut Buang Sekolah
Tindakan Terhadap Pelajar Yang Ponteng Secara Berkala
Bilangan Hari Ponteng Surat Amaran
Tidak hadir 10 hari ke sekolah Surat Amaran Pertama Dikeluarkan
Tidak hadir 20 hari ke sekolah Surat Amaran Kedua Dikeluarkan
Tidak hadir 40 hari ke sekolah Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan
Tidak hadir 60 hari ke sekolah Buang Sekolah
1.3.2 Datang lewat
Pelajar-pelajar yang datang lewat (selepas pukul 7:40 pagi) akan
ditahan oleh pengawas sekolah di pintu sekolah. Nama mereka akan
dicatatkan dan diberikan amaran serta mata demerit atau hukuman
seperti merotan sekali/ buat kerja amal. Semua kes ini akan direkod
dalam fail Sistem Merit dan Demerit dan Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM ).
1.3.3 Slip Mengesan Pergerakan Pelajar
Guru-guru dipertanggungjawabkan memastikan pelajar-pelajar sentiasa
berada dalam kelas semasa P & P dijalankan. Semua guru akan
diberikan sekeping PAS . Jika pelajar ingin pergi ke tandas, mereka
mesti mendapat kebenaran dan PAS daripada guru berkenaan. Guru-
guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang pelajar
lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar dalam satu
masa. Semua hal keluar-masuk kelas tanpa kebenaran akan dicatatkan
oleh Ketua Tingkatan atau penolongnya dalam Slip Mengesan
Pergerakan Pelajar Dalam Kelas untuk rekod dan rujukan PK HEM.
Jika pelajar ingin balik rumah atau keluar dari kawasan sekolah, dia
dikehendaki mendapat kebenaran daripada Pengetua, PKT, PK HEM, PK
KK atau Guru-guru Kanan dengan mengisikan Slip Kebenaran Balik
Awal dan menelefon kepada ibu bapa/ keluarganya untuk mengambil
mereka.
*Jika guru mendapati ada pelajar yang keluar tanpa kebenaran,sila
memberi amaran atau laporkan kepada Pengetua atau PK dengan segera.
Email: dea0042@edu.moe.my 139