Page 152 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 152
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
1.5 Menasihati Lembaga Pengawas Sekolah
Pengawas bertanggungjawab membantu guru-guru menyelia pergerakan
serta perlakuan pelajar-pelajar. Mereka melaporkan segala kes salahlaku
pelajar dan menasihati mereka. Mereka juga dibenarkan memberi mata
demerit kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah seperti
datang lewat ke sekolah dan rambut panjang/ berwarna.
Pada Bulan Januari juga, kadet-kadet pengawas akan dipilih oleh guru-guru
Tingkatan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4. Calon-calon pengawas
akan diberikan taklimat dan latihan oleh Lembaga Pengawas dan mereka
akan menjalani tempoh percubaan sehingga hujung bulan Mac sebagai
kadet pengawas. Guru-guru dan semua pengawas akan menilai perlakuan
dan sikap kadet-kadet pengawas. Biasanya 120 kadet pengawas
diperlukan.
Kem Kepimpinan Pengawas akan diadakan pada cuti Penggal I. Pengetua,
PK HEM, Guru-guru Kaunseling dan guru-guru yang berpengalaman akan
dijemput untuk memberi ceramah dan nasihat. Biasanya semua pengawas
diwajibkan menghadiri kem ini.
Pengawas-pengawas baru akan dilantik oleh Pengetua/ Ahli Pengurus
Sekolah pada Bulan Jun. Calon-calon untuk Barisan Konsul-konsul
Pengawas – Ketua Pengawas, Penolong-penolong Ketua Pengawas, Konsul-
konsul Pengawas yang lain akan dipilih oleh guru-guru dan Barisan Konsul
Pengawas lama akan diluluskan oleh Pengetua. Pengawas sesi baru akan
menjalani tugas pengawas sehingga hujung bulan Jun 2013/ selepas
`hand-over‟ ke sesi berikut.
Guru-guru Penasihat kepada Lembaga Pengawas sekolah termasuk semua
Guru Penyelia Disiplin.
1.6 Penubuhan Lembaga Ketua Tingkatan
Lembaga Ketua Tingkatan Sekolah ditubuhkan untuk menyelaraskan
hal-hal yang berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Ketua Tingkatan dan
penolongnya akan membantu Guru Tingkatan dalam hal mengutip dan
manghantar buku-buku latihan, mengawasi kelas sebelum guru masuk
kelas, menghantar Slip Ketidakhadiran Pelajar dan Slip Pengerakan Pelajar
kepada PK HEM serta tugas-tugas lain yang diminta oleh guru-guru.
Email: dea0042@edu.moe.my 142