Page 157 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 157
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
Program / Aktiviti
Pertandingan 3K (Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan
Alam Sekitar Sekolah).
Program Bebas Denggi dan Amalan Kebersihan di Sekolah.
Pengurusan Buku/ Kad Rekod Kesihatan Murid (RKM I).
Kawalpandu Kebersihan Kantin dan Persekitaran.
Skim Subsidi Cermin Mata – pengujian penglihatan murid dengan Carta “E”
Snellen.
Pendidikan Kesihatan – ceramah kebersihan, kesihatan dan pengendalian
makanan, pameran bahan pendidikan kesihatan, pertandingan menulis
esei, pertandingan melukis poster, drama kerja gotong-royong dan
sebagainya.
Pemeriksaan kesihatan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan dijalankan
setiap tahun oleh Pegawai Kesihatan. Suntikan ATT adalah wajib untuk
pelajar-pelajar berkenaan dan ia kemudian akan dicatatkan dalam Buku
Kesihatan Pelajar sebagai rekod.
Di samping itu, Ceramah Anti dadah dan Program Ujian Air Kencing juga
akan dijalankan setiap tahun kepada pelajar-pelajar. Ia dianjurkan oleh
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan
dan Jabatan Narkortik Sarikei.
2.4.1 Kantin Sekolah Selamat
Rasional
Menyediakan kemudahan tempat makan untuk semua warga sekolah
secara selamat, bersih dan halal serta memenuhi kriteria kesihatan Jabatan
Kesihatan / Majlis Daerah Tempatan.
Mematuhi segala penetapan buku panduan Pengurusan Kantin Sekolah
yang dikeluarkan oleh KPM.
2.4.2 Program bebas Denggi Peringkat sekolah
Kaedah Pelaksanaan
Enam kumpulan pengawas ditugaskan untuk memeriksa seluruh kawasan
sekolah termasuk tandas, bilik guru, stor, kantin, makmal dan lain-lain
untuk mengesan bekas-bekas yang mungkin bertakung air dan
membuangkannya.
Laporan mingguan akan disediakan oleh Penyelaras pengawas dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras untuk tindakan lanjut.
Laporan bulanan akan disediakan oleh PK HEM berdasarkan laporan
mingguan dan dihantarkan ke PPD dan Jabatan Kesihatan.
Email: dea0042@edu.moe.my 147