Page 161 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 161

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                                 Melibatkan diri secara aktif dan menyokong aktiviti PBSS yang
                                  dirancang oleh sekolah.
                                 Memberi sumbangan dari segi kepakaran, kewangan, tenaga dan
                                  peralatan serta kerjasama kepada sekolah untuk menjalankan
                  Ibu bapa        aktiviti-aktiviti PBSS.
              4     dan          Memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti-
                 Masyarakat       aktiviti PBSS.
                                 Memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh dilaksanakan
                                  kepada Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
                                 Menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan gaya
                                  hidup sihat.


               3.2       Konsep Sekolah Selamat
                       3.2.1    Definisi
                      Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di
                       mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana
                       pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

                       3.2.2    Matlamat
                      Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan
                       dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.

                       3.2.3    Objektif
                      Meningkatkan  kefahaman  dan  penghayatan  bahawa  keselamatan
                       hendaklah  dijadikan  agenda  utama  dalam  semua  aspek  pendidikan  di
                       sekolah.

                       3.2.4    Rasional
                      Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan
                       asas utama pertimbangan.
                      Warga  sekolah  dewasa  ini  terdedah  dengan  isu-isu  keselamatan  fizikal,
                       sosial,  emosi  dan  teknikal.  Justeru,  polisi  yang  berterusan  perlu
                       diwujudkan.
                      Kurang  mendapat  kerjasama  daripada  keluarga  dan  masyarakat  dengan
                       institusi pendidikan dari segi keselamatan.
                      Keupayaan  sekolah  dalam  menangani  isu-isu  keselamatan  amat  terbatas,
                       tanpa sokongan keluarga dan komuniti.







               Email: dea0042@edu.moe.my                                               151
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166