Page 160 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 160

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                      Memberi  pengetahuan  serta  memupuk  sikap  dan  amalan  kesihatan  yang
                       baik  agar  setiap  warga  sekolah  lebih  bertanggungjawab  terhadap
                       penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

                3.1.3    Peranan :
             Bil   Pihak                               Peranan
                                  Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PBSS yang dirancang.
                                  memberi cadangan aktiviti-aktiviti PBSS yang boleh
                                   dilaksanakan.
                                  Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan
              1    Murid           supaya lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.
                                  Menyampaikan maklumat kepada ibubapa dan masyarakat
                                   setempat mengenai aktiviti-aktiviti kesihatan dalam PBSS yang
                                   dijalankan di sekolah.

                                 memahami teras-teras utama PBSS.
                                 menyokong, melaksana dan memperkukuh aktiviti-aktiviti PBSS
                                  yang dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
                                 Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh
                                  dilaksanakan oleh Jawatankuasa PBSS peringkat Sekolah.
              2     Guru         Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup
                                  sihat.
                                 Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
                                 Memberi penerangan kepada ibubapa dan masyarakat setempat
                                  mengenai PBSS.

                                 memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan
                                  PBSS di sekolah.
                                 menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai
                                  oleh guru-guru.
                                 Merancang aktiviti dengan mengambil kira keperluan warga
                                  sekolah, pengalaman murid dan guru, kemahiran kesihatan dan
                                  kemahiran berfikir secara kritis, kesedaran murid tentang
              3  Pengetua         pentingnya kemahiran kesihatan.
                                 Memastikan murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta
                                  mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
                                 Menjalinkan hubungan yang baik serta memberi penerangan
                                  kepada masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan bukan
                                  kerajaan berkaitan dengan PBSS.






               Email: dea0042@edu.moe.my                                               150
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165