Page 158 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 158
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
2.4.3 Skim Subsidi Cermin Mata
Rasional
Membuat tinjauan tentang pelajar-pelajar yang miskin/ kurang mampu
yang perlu memakai cermin mata.
Pelajar diminta mengisikan Borang Permohonan untuk skim ini dan akan
disahkan oleh Pihak Sekolah.
Pelajar diminta berjumpa dengan pembekal cermin mata yang terlibat
dalam skim ini untuk tindakan lanjut.
2.5 Perkhidmatan BimBingan dan Kaunseling
Rasional
Membantu pelajar mengenalpasti potensi dan bakat sendiri.
MembimBing pelajar mencari jalan menyelesaian masalah peribadi.
MembimBing pelajar memilih aliran pembelajaran berdasarkan kebolehan
sendiri.
MembimBing pelajar agar kurang terlibat dalam salahlaku disiplin.
MembimBing pelajar untuk membantu pelajar lain.
Membangunkan kepimpinan pelajar.
MembimBing pelajar dalam menggunakan kaedah pembelajaran yang
berkesan.
MembimBing pelajar dalam permohonan kemasukan ke universiti.
MembimBing pelajar dalam pemilihan kerjaya.
Menyediakan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain kepada pelajar.
Jenis Khidmat Utama
1. Khidmat inventori dan rekod.
2. Khidmat memberi maklumat.
3. Khidmat bimBingan kelompok.
4. Khidmat kaunseling.
5. Khidmat penempatan.
6. Khidmat mencegah penyalahgunaan dadah.
7. Khidmat rundingan dan rujukan.
8. Khidmat penyebaran dan resos.
9. Khidmat konferens dengan ibu bapa.
2.6 Skim Takaful Pelajar Malaysia (STPM)
2.6.1 Objektif
Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah adalah bertujuan
menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan kepada
pelajar dan keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan yang akan
ditanggung oleh mereka sekiranya berlaku apa-apa bencana, malapetaka
dan tragedi kemalangan ke atas diri.
Email: dea0042@edu.moe.my 148