Page 159 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 159
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
2.7 Yuran Sekolah
Semua pelajar dikehendaki membayar yuran sekolah selepas mendapat
kelulusan JPN. Jika didapati ada pelajar-pelajar yang belum bayar atau
kurang berkemampuan, sila maklumkan kepada PK HEM. Bagi pelajar-
pelajar yang dikecualikan daripada pembayaran yuran, nama mereka akan
direkodkan dan dimaklumkan kepada Guru Tingkatan berkenaan oleh PK
HEM.
Bagi pelajar-pelajar baru di kelas-kelas Peralihan dan Ting.1, mereka
sepatutnya telah membayar yuran semasa pendaftaran. Jika belum, PK
(HEM) akan memaklumkan kepada guru tingkatan untuk tindakan
selanjutnya. Berikut adalah bayaran keperluan untuk setiap pelajar:
3) MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PELAJAR
3.1 Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
3.1.1 Pendahuluan
PBSS merupakan satu program yang menyatupadukan atau yang
mempunyai semua aktiviti-aktiviti kesihatan di sekolah. Aktiviti-aktiviti
kesihatan termasuklah semua aktiviti yang sedia ada seperti pemeriksaan
fizikal murid-murid sekolah, perkhidmatan pergigian, Rancangan makanan
Tambahan, kempen Sekolah Bebas Denggi dan lain-lain serta semua
aktiviti-aktiviti kesihatan yang bakal dijalankan di sekolah nanti.
Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan
bersepadu di antara warga sekolah, PIBG, sektor awam, sektor swasta,
badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan
sekolah yang sihat :
1) Polisi kesihatan sekolah.
2) Persekitaran fizikal sekolah yang sihat dan selamat.
3) Persekitaran sosial sekolah yang sihat dan selamat.
4) Penglibatan komuniti.
5) Kemahiran kesihatan diri.
6) Perkhidmatan kesihatan sekolah.
3.1.2 Matlamat PBSS
Menetapan polisi kesihatan sekolah.
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan
selamat.
MemBina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara
hidup sihat.
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program
kesihatan sekolah.
Email: dea0042@edu.moe.my 149