Page 164 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 164
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
4) MENGEMASKINI PELBAGAI DOKUMEN/ REKOD/ LAPORAN PELAJAR
4.1 Buku Kesihatan Pelajar
Buku Kesihatan Pelajar juga diuruskan oleh guru tingkatan dan disimpan
dalam pejabat PK HEM. BiIa berpindah, pelajar akan membawa bersama-
sama buku ini. Jadi, semua pelajar wajib menyerahkan buku ini kepada
guru tingkatan. Guru tingkatan pula perlu mengisi maklumat-maklumat
pelajar-pelajar terkini seperti ketinggian, berat badan dsb dalam Buku
Kesihatan Pelajar.
4.2 Laporan Bulanan Pelajar (Jumlah Pelajar Dalam Kelas)
Pada setiap akhir bulan, setiap guru tingkatan dikekendaki menghantar
laporan ini kepada PK HEM pada tarikh yang telah ditetapkan. Maklumat ini
adalah penting untuk mengemaskinikan enrolmen pelajar-pelajar sekolah
mengikut kaum; perpindahan keluar dan kemasukan pelajar baru.
Maklumat ini kemudian akan dihantar ke PPD untuk direkodkan.
4.3 Laporan Disiplin Bulanan
Laporan ini dihantar 3 kali dalam setahun, iaitu 30 April, 31 Ogos dan 10
Oktober. Guru tingkatan perlu mengisikan laporan tersebut berpandukan
rekod salahlaku pelajar pada bulan-bulan Jan-Apr / Mei-Ogos/ Sept-Okt dan
serahkannya kepada PK HEM pada tarikh yang dinyatakan. Semua
maklumat ini akan direkodkan ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid
(SSDM) dan dihantar ke JPN melalui talian untuk tindakan selanjutnya.
4.4 Sijil Akuan Persekolahan Peiajar Tingkatan 5
Semua guru tingkatan 5 perlu menyediakan sijil tersebut pada bulan
September. Keperibadian pelajar dinilai oleh semua guru mata pelajaran.
Maklumat lain seperti sumbangan khas, pencapaian dalam bidang ko-
kurikulum dan catatan guru tingkatan perlu diisi sebelum ia diserahkan
kepada PK HEM untuk dimasukkan ke dalam komputer.
4.5 Sistem Aplikasi Data Murid (APDM)
Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemaskinikan/ melengkapkan
maklumat peribadi pelajar semula dan serahkan kepada SDM untuk kerja
key-in.
Email: dea0042@edu.moe.my 154