Page 154 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 154
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
Penyelaras akan memastikan pelajar yang dianugerahkan lencana
sentiasa memakai lencana tersebut. Penyelaras tingkatan juga akan
4 Pemantauan
memberi nasihat dan bimBingan kepada mana-mana pelajar yang
merosot prestasinya
Mempamerkan senarai nama dan gambar yang mendapat anugerah
Galakan dan di papan notis sekolah.
5
Dorongan Pelajar yang dapat mengekalkan prestasinya sepanjang tahun, nama
dan gambarnya akan dimuatkan dalam majalah sekolah.
Semua guru digalakkan untuk memberi mata merit kepada pelajar-pelajar
yang telah menunjukan sifat yang baik. Diharapkan Program Waja Diri ini
akan dapat membantu pelajar memajukan ciri-ciri peribadi yang baik
seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik dan juga
meningkatkan lagi pencapaian sekolah.
2) BANTUAN KEPADA PELAJAR
2.1 Mengurus pelbagai bentuk bantuan pelajar
2.1.1 Biasiswa
Tujuan
Untuk membantu membiayai perbelanjaan persekolahan
pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang keluarga yang
kurang berkemampuan tetapi berpotensi dalam pelajaran.
Biasanya, syarat dan kriteria pemilihan akan dinyatakan dalam
borang permohonan. Dalam aspek ini, guru-guru memainkan
peranan yang penting dalam mengenalpasti pelajar-pelajar
yang berkelayakan untuk dicalonkan sebagai penerima
biasiswa. Semua penerima biasiswa wajib membuka satu akuan
di BSN tanpa kad (Akaun Giro) dan bukunya akan disimpan
oleh PK HEM / PK KK / Guru-guru Biasiswa sehingga mereka
tamat persekolahan. Setiap orang pelajar hanya dibenarkan
menerima satu jenis tawaran biasiswa.
Email: dea0042@edu.moe.my 144