Page 150 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 150

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



               1.3.4  Sistem Merit Dan Demerit
                      Sistem  Merit  Dan  Demerit  masih  diamalkan.  Guru  Tingkatan  dikehendaki
                       mengisi  maklumat  peribadi  pelajar  dalam  Kad  Disiplin  Sistem  Merit  dan
                       Demerit.  Borang-borang  akan  disimpan  dalam  fail  ikut  kelas  di  Bilik  Hal
                       Ehwal  Pelajar.  Guru-guru  kaunselor  dan  Penyelia  Disiplin  akan  menolong
                       mengemaskinikan jumlah mata merit atau mata demerit sekali sebulan dan
                       laporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.

               1.3.5  Perkhidmatan Komuniti
                      Sebarang kes ponteng, datang lewat atau salah laku seperti tidak membuat
                       kerja  rumah  perlu  diambil  tindakan.  Perkhidmatan  Komuniti  adalah  satu
                       cara hukuman bagi pelajar-pelajar yang berulang kali melanggar peraturan.
                       Guru-guru, Penyelia Disiplin atau Guru B & K perlu menyerah nama pelajar
                       dan  jumlah  mata  demerit  kepada  PK  HEM  untuk  tindakan  lanjut  seperti
                       perkhidmatan komuniti/ hukuman/ nasihat.

                1.3.6  Wajah Pelajar
                      Semua  pelajar  dilarang  sama  sekali  memakai  barang  perhiasan  atau
                       mewarnakan  rambut.  Jika  didapati  ada  pelajar  berbuat  demikian,  sila
                       mengambil  tindakan  dengan  segera.  Setiap  guru  dikehendaki  menasihati
                       pelajar  tersebut  untuk  menyerahkan  barang-barang  perhiasannya.
                       Sekiranya  pelajar  tersebut  enggan  mengikut  arahan  guru,  sila  laporkan
                       kepada Pengetua atau PK HEM. Pakaian berlengan panjang juga dilarang.
                       Pelajar yang melanggar peraturan ini harus dihantar balik untuk menukar
                       baju.  Begitu  juga  dengan  pemakaian  selipar  dan  tali  pinggang  selain
                       daripada  warna  hitam  atau  coklat  gelap.  Pendek  kata,  wajah  pelajar
                       mestilah  sentiasa  dalam  keadaan  bersih  dan  kemas  dan  bersesuaian
                       dengan watak mereka sebagai seorang pelajar. Jika terdapat yang enggan
                       mengikut  arahan  walaupun  sudah  ditegur  beberapa  kali,  sila  laporkan
                       kepada PK HEM.

                1.3.7  Kes Ponteng
                      Pelajar yang tidak hadir diminta membawa bukti sebab tidak hadir, seperti
                       Sijil  Sakit/  Surat  Ibu  bapa.  Jika  tidak  ada,  pelajar  itu  akan  dianggap
                       ponteng sekolah dan hukuman seperti merotan akan diberikan. Ibu bapa
                       akan dihubungi untuk mendapat keterangan lanjut jika perlu.









               Email: dea0042@edu.moe.my                                               140
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155