Page 148 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 148

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                       DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

                       Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan salah satu komponen yang amat
               penting  dalam  menghasilkan  iklim  kondusif  untuk  pengajaran  dan  pembelajaran.
               Pengurusan  bidang  ini  banyak  melibatkan  kemahiran  komunikasi,  psikososial  dan
               interpersonal.  Walau  bagaimanapun,  dasar  yang  boleh  diterima  umum, „caring‟,
               terbuka,  konsisten,  adil  dan  saksama  merupakan  bahagian  yang  penting  dalam
               menentukan suasana yang harmoni, aman damai, ceria, sihat dan selamat untuk
               pengajaran dan pembelajaran.
                       Skop pengurusan hal ehwal murid amat luas dan saling berkaitan. Di antara
               bidang  utama  adalah:  disiplin  murid,  bimBingan  dan kaunseling, kebajikan  murid
               (termasuklah  pelbagai  jenis  biasiswa  dan  bantuan),  skim  pinjaman  buku  teks,
               Lembaga  Pengawas,  Lembaga  Ketua  Tingkatan,  Lembaga  PembimBing  Rakan
               Sebaya, 3K, Kantin Sekolah dan majlis-majlis sekolah.

               1)  DISIPLIN PELAJAR
                   1.1       Menyedia dan Mengemaskini Peraturan Sekolah
                   1.2       Menguatkuasa peraturan sekolah
                            Peraturan Sekolah akan disimpan dalam setiap kelas untuk rujukan
                             pelajar.  Guru  Tingkatan  menerangkan  Peraturan  Sekolah  kepada
                             semua pelajar kelasnya pada hari pertama persekolahan awal tahun.
                    1.3      Mengendalikan kes disiplin
                           1.3.1     Ketidakhadiran
                              Pelajar  ditegah  ponteng  sekolah.  Jika  pelajar  tidak  hadir  tanpa
                              sebarang  sebab  yang  munasabah  atau  tanpa  surat  sakit,  guru
                              tingkatan dikehendaki melaporkan kepada Pengetua atau PK HEM.
                              Hukuman  merotan  dan  Perkhidmatan  Komuniti  akan  dikenakan
                              kepada pelajar-pelajar yang ponteng.
                              Guru  Tingkatan  juga  harus  memastikan  Ketua  Tingkatan  atau
                              penolongnya/Guru          Kaunselor          menghantar Slip
                              Ketidakhadiran kepada  PK  HEM  setiap  pagi.  Sila  nyatakan
                              dengan  jelas  nama  pelajar-pelajar  yang  tidak  hadir  dan  sebab-
                              sebabnya.  Pelajar-pelajar  yang  tidak  hadir  akan  direkod.  Slip  ini
                              memudahkan PK HEM untuk mengesan pelajar-pelajar yang tidak
                              hadir pada hari-hari tertentu. Borang Ringkasan ini akan disimpan
                              di  pejabat  am/  Bilik  Kaunselor  untuk  rujukan  pihak  sekolah
                              sekiranya perlu. Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah atau terlibat
                              dalam  aktiviti  yang  dibenarkan  oleh  pihak  sekolah  juga  perlu
                              ditanda sebagai hadir.
                              Guru  Tingkatan  dikehendaki  mengeluarkan  surat  amaran  melalui
                              pengetua  kepada  ibu  bapa/  penjaga  pelajar  yang  ponteng
                              tersebut:



               Email: dea0042@edu.moe.my                                               138
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153