Page 153 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 153
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
1.7 Program Waja Diri
Pengenalan
Program Waja Diri merupakan program yang akan memantau kemajuan
pelajar dari segi sahsiah dan akademik secara berterusan dan berfokus.
Menerusi program ini, kemajuan pelajar akan dinilai dan dikategorikan
dengan cara pengumpulan markah merit yang menggambarkan tahap
prestasi mereka. Program ini diharap dapat memberi dorongan dan galakan
untuk pelajar memajukan serta mengubah ciri-ciri baik peribadi di samping
tahap prestasi mereka pada penilaian yang seterusnya.
Rasional
Dipercayai keinginan memajukan diri dengan mengubah sikap merupakan
langkah pertama mencapai kejayaan akademik.
Sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang maju dalam
akademik dan sahsiah.
Objektif
Meningkatkan disiplin pelajar.
Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
Menuju ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruhi dan
bersepadu.
Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelaksanaan :
Bil Perkara Keterangan
Lencana emas rekaan khas yang bermotokan „ Pelajar Mithali
Sekolah Lestari „ akan dianugerahkan kepada seorang pelajar untuk
setiap tingkatan yang mendapat mata merit tertinggi pada masa-
1 Anugerah
masa tertentu. Untuk penganugerahan akhir tahun, seorang pelajar
yang mengumpul mata merit yang tertinggi sepanjang tahun akan
dianugerahkan lencana Waja Diri dan Sijil penghargaan.
Jadual Penyemakan 3 kali setahun, iaitu pengumpulan mata-mata merit Jan-Mac, April-
2
Status Jun dan Julai-pertengahan Oktober.
Majlis 3 kali setahun, iaitu April dan Julai (semasa perhimpunan) serta
3
Penganugerahan Oktober (Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah)
Email: dea0042@edu.moe.my 143