Page 91 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 91
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
DASAR PENGURUSAN KURIKULUM
1) AHLI JAWATANKUASA
Jawatankuasa Kurikulum diketuai oleh Pengetua
Penolong Kanan 1 (kurikulum), Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan
Kokurikulum akan menjadi Urusetia.
Ketua-ketua bidang, guru cemerlang serta guru SPBT, Pusat Sumber dan
Setiausaha peperiksaan adalah ahli tetap
Ahli Jawatankuasa Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia
bagi setiap matapelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
2) MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan 4 kali setahun.
Tarikh mesyuarat akan ditetapkan dalam takwim sekolah.
3) PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Untuk Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5, penilaian kemajuan pelajar secara wajib
diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Bagi Tingkatan 1, 2, 3 dan 4
pula, PBD dilaksanakan sepanjang tahun dan semua pelajar dikehendaki
menduduki peperiksaan sebanyak 2 kali. Markah PBS dimasukkan dalam
Perekodan Offline dua bulan sekali.
Tarikh ujian pertengahan semester akan ditetapkan dalam takwim sekolah
Tarikh ujian topikal ditetapkan oleh guru matapelajaran
Instrumen penilaian/kertas ujian serta skema pemarkahan akan
diselaraskan dan penyediaannya akan mengikut giliran yang ditetapkan
dalam mesyuarat panitia
Rekod keputusan setiap ujian topikal akan diserahkan kepada urusetia
melalui ketua/penyelaras panitia
Rekod keputusan ujian pertengahan semester serta semester akan
diserahkan kepada urusetia melalui guru tingkatan
Rekod keputusan harus dilengkapkan dengan analisis trend turun atau
naik individu, kelemahan kelas (samada kelemahan dalam penguasaan
asas atau pengetahuan) dan cadangan untuk mengambil tindakan susulan
iaitu proses penambahbaikan.
Kedudukan pelajar dalam ujian pertengahan semester atau semester dari
Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 akan ditentukan oleh kelulusan dengan gred di
dalam semua matapelajaran dan markah purata bagi semua matapelajaran
Bagi mata pelajaran Pendidikan Moral di peringkat Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3, wajaran markah adalah 30% amali dan 70% bertulis. Di
peringkat tingkatan 4 dan 5 wajaran adalah sebanyak 10% amali dan 90%
bertulis
Email: dea0042@moe.edu.my 82