Page 95 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 95
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
11) PENETAPAN SASARAN & TINDAKAN SUSULAN
Sebelum setiap penilaian/ ujian/ peperiksaan, guru mata pelajaran
dikehendaki menetapkan sasaran bagi setiap orang pelajar.
Tujuannya ialah untuk menggalak pelajar berusaha dengan bersungguh
agar potensinya dapat direalisasikan.
Sasaran dalam bentuk gred atau markah mestilah munasabah supaya ia
tidak akan jadi tekanan oleh setiap pelajar.
Guru mata pelajaran akan menentukan bilangan sasaran (mata pelajaran)
yang harus dicapai oleh setiap orang pelajar.
Tindakan susulan harus diambil oleh Guru Mata Pelajaran selepas setiap
penilaian/ ujian/ peperiksaan secara konstruktif terhadap pelajar yang
gagal mencapai tahap yang ditetapkan oleh guru.
Pelajar yang tidak memperlihatkan perubahan sama ada dari segi sikap,
prestasi atau minat mesti dirujuk kepada Pengetua.
Tindakan-tindakan yang dicadangkan ialah seerti beriktu:-
a) Membuat semula penilaian yang serupa;
b) Ditahan selepas waktu terakhir untuk membuat pembetulan;
c) Membuat kerja komuniti pada hari Sabtu;
d) Diberi rotan pada tapak tangan;
e) Diwajib belajar di perpustakaan pada waktu petang;
f) Ibu bapa dipanggil untuk berbincang dan;
g) Lain tindakan yang konstruktif.
12) PRESTASI DAN SASARAN PEPERIKSAAN AWAM (PT3 & SPM)
Ketua Bidang dan Ketua Panitia mata pelajaran mestilah membuat analisis
tentang prestasi pencapaian peperiksaan awam dan seterusnya
menjadikan suatu perkara perBincangan dalam mesyuarat; mengkaji
kekuatan, kelemahan dan merancang strategi peningkatan keputusan
peperiksaan di setiap peringkat.
Email: dea0042@moe.edu.my 86