Page 93 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 93
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
7) URUSAN PANITIA
Fokus akan ditumpukan kepada masalah-masalah proses pengajaran dan
pembelajaran; kemahiran asas dan pengetahuan.
Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti serta disenaraikan. Pelan
Tindakan yang disatukan (consolidated Action Plan) akan disediakan. Di
peringkat Panitia Pelan Tindakan akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang
bertujuan mempertingkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan serta
pengalaman guru.
Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan serta membawa impak dari
segi peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran.
Instrument penilaian/ kertas ujian harus diselaraskan dan penyediaannya
harus mengikut giliran.
Fail-fail yang diwujudkan seperti pada masa kini perlu disenggarakan. Fail-
fail harus mempunyai rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah.
Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan tahunan serta pelan
tindakan di samping menetapkan sasaran kerja tahunan. Keputusan PT3
akan diBincangkan bersama.
Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap kemajuan
pelajar serta menambaikkan segala aktiviti/ program yang msih kurang
membawa impak yang diharapakan. Keputusan SPM akan diBincangkan
secara mendalam.
Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula aktiviti/ program dalam pelan
tindakan serta menilai sejauh mana ia telah membolehkan pelajar
mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada awal tahun (Gap Analysis/
Analisis Lompang).
Mesyuarat keempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk
menyediakan laporan tahunan di samping itu membuat rancangan untuk
tahun akan datang khususnya dari segi:
a) Pemilihan buku kerja;
b) Penentuan buku/ bahan rujukan;
c) Pengagihan tingkatan serta kelas kepada ahli-ahli mata pelajaran
(untuk tujuan menyediakan Jadual Waktu);
d) Merancang aktiviti serta anggaran untuk tahun akan datang;
e) Kecukupan tenaga pengajar dan
f) Rekod persediaan mengajar.
Aktiviti/ program yang dicadangkan ialah:-
a) Sesi pengayaan/ pemulihan bagi kumpulan sasaran
b) Latihan latih tubi bertulis-proses pengukuhan
c) Ulangkaji
d) Format kertas ujian yang strategik
e) Panilaian secara berkesan
Email: dea0042@moe.edu.my 84