Page 94 - MANUAL PENGURUSAN SMKTP
P. 94

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022



                      Tugas-tugas iktisas Panitia akan dibahagikan kepada ahli-ahlinya mengikut
                       pengalaman serta kebolehan.

               8)  PROGRAM ULANGKAJI
                      Guru  mata  pelajaran  di  Tingkatan  3  dan  5  dikehendaki  menghabiskan
                       sukatan pelajaran (rancangan mengajar) pada tarikh yang telah ditetapkan
                       dalam takwim sekolah. Sekiranya pada pendapat professional guru sukatan
                       pelajaran  tidak  dapat  dihabis  pada  tarikh  itu,  kelas  tambahan  mesti
                       diadakan.
                      Ulangkaji  „overlapping‟  bagi  sukatan  pelajaran  tahun/  tahun-tahun  lepas
                       mesti  dijalankan  secara  terancang,  beransur  maju  erta  berterusan  dari
                       bulan Januari hingga Ujian Percubaan kali ke-2. Guru mata pelajaran akan
                       mengenal  pasti  topik  untuk  dinilai  dan  menetapkan  tarikh  untuk
                       mengadakan  ujian.  Pelajar  akan  membuat  ulangkaji  sendiri.  Mengikut
                       konsep “Mastery Learning” sekiranya prestasi pelajar tidak mencapai tahap
                       kelulusan  yang  ditetapkan  oleh  guru,  topik-topik  berkenaan  harus  diajar
                       semula.  Kemudian  penilaian  akan  diadakan  semula  bagi  topik-topik  yang
                       sama.  Usaha  ini  akan  diulang  sehingga  pelajar-pelajar  menunjukkan
                       prestasi yang boleh diterima.
                      Program ulangkaji intensif yang berjadual mesti disediakan ada tarikh yang
                       ditetapkan  dalam  takwim  sekolah.  Isi  kandungan  serta  tarikh  program
                       mesti lengkap. Pelaksanaan program akan dipantau oleh Penolong Kanan 1.
                       Program  ulangkaji  intensih  secara  bertulis  mesti  diserahkan  kepada  PK1
                       satu minggu sebelum tarikh mulanya.

               9)  PENCERAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                      Setiap orang guru mesti mencerap serta dicerap sekurang-kurangnya satu
                       kali dalam satu tahun akademik.
                      Pencerapan berdasarkan rakan sekerja dalam Panitia sama mesti diadakan
                       dalam  penggal  pertama.  Borang  pencerapan  yang  lengkap  disi  mesti
                       diserahkan kepada PK1 melalui Ketua Panitia sebelum hari terakhir penggal
                       pertama.
                      Semua guru digalakkan membuat cadangan untuk sesi perkembangan staf.
                      Mengamalkan developmental supervision .

               10)  PERKEMBANGAN STAF & LATIHAN DALAMAN „IN-HOUSES TRAINING‟
                      Setiap panitia akan mengemukakan cadangan perkembangan staf sekiranya
                       perlu. Seseorang pakar sama ada dari kalangan staf atau dari luar boleh
                       dijemput untuk menjalankan sesi perkembangan staf.
                      Latihan  dalaman  perlu  diadakan  sebaik  sahaja  seorang  ahli  panitia  telah
                       menghadiri kursus atau taklimat yang berkait dengan mata pelajaran atau
                       profesionnya.



               Email: dea0042@moe.edu.my                                                85
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99