Page 10 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 10

Bilangan Murid                    Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
                             350                                             1

                          851 - 1350                                         2
                         1351 - 1850                                         3
                         1851 - 2350                                         4
                         2351 - 2850                                         5

                         2851 - 3350                                         6
                  Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Rendah


                        Bilangan Murid                    Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
                             500                                             1
                          501 - 1000                                         2

                         1001 - 1500                                         3
                         1501 - 2000                                         4
                         2001 - 2500                                         5

                         2501 - 3000                                         6
                   Nisbah Guru Bimbingn dan Kaunseling Sepenuh Masa dengan Murid di Sekolah Menengah

                   Waran  perjawatan  untuk  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  sekolah
                    menengah  dan  sekolah  rendah  juga  dikeluarkan  pada  11  Januari  2002,  Bil.  KP  (PP)
                    0051/SJ’B’ Jld. 24/ (24) bertajuk Waran Perjawatan Bil. S3 TAHUN 2002 yang membawa
                    erti  perjawatan  ini  perlu  diisikan  dengan  tepat  dan  mengikut  tangga  gaji  yang  telah
                    diluluskan.  Nisbah Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa kepada murid adalah
                    1 : 500 bermula dengan 350 orang murid di sekolah rendah.

                   Pada  Oktober  2001  Bahagian  Pendidikan  Guru  dengan  kerjasama  maktab-maktab
                    perguruan  seluruh  negara  telah  menjalankan  kursus  14  minggu  bimbingan  dan
                    kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah.  Ia bertujuan untuk dilantik  sebagai guru
                    bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di sekolah rendah.

                   Pada  September  2002,  kumpulan  pertama  guru  sekolah  rendah  telah  dilantik  sebagai
                    Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.

                   Pada  Januari  2005,  kumpulan  pertama  guru  lepasan  KPLI  Bimbingan  dan  Kaunseling
                    ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.

                   Pada 24 Mac 2009, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin ditubuhkan secara rasmi
                    bila Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di bahagi kepada 2 sektor dalam
                    penstrukturan  semua  Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian,  Kementerian  Pendidikan
                    Malaysia.  Sektor ini bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelaksanaan Perkhidmatan
                    Bimbingan dan Kaunseling kepada murid di seluruh negara secara rasmi.










                                                            12
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15