Page 9 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 9

  Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam
                    Cuti  (KDC)  bagi  guru-guru  bimbingan  selama  7  atau  8  minggu  semasa  cuti  penggal
                    persekolahan.  Beberapa  pusat  KDC  telah  diwujudkan  bagi  menjayakan  rancangan
                    tersebut.

                   Mulai  tahun  1984,  Maktab  Perguruan  Ilmu  Khas  mula  memperkenalkan  kursus  khas
                    selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus
                    pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

                   Mulai  tahun  1987  Institut  Perguruan  Sultan  Idris  Tanjung  Malim  memulakan  Kursus
                    Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

                   Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan
                    oleh  Institut  Aminuddin  Baki,  Genting  Highlands.    Kursus  ini  ialah  selama  3  bulan
                    termasuk praktikum.

                   Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan
                    Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra,
                    Kedah.

                   Mulai tahun 1989, Universiti Putera Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh
                    (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

                   Kursus KDPK (Kursus Diploma Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling – setahun di
                    Maktab  Perguruan  dan  2  tahun  di  IPTA  (UPM,  UKM  dan  UTM)    dijalankan  untuk  2
                    kumpulan mulai 1996-1999 dan 197-2000 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

                   Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara rasminya bermula pada 1
                    Jun 1996.  Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/96 dibaca bersama surat Bahagian Pembangunan
                    Organisasi  dan  Perkhidmatan  Bil.KP  (PP)  0051/22  bertarikh  26  Mac  1997  dan  surat
                    Bil.KPPP 0051/22/(54) bertarikh 14 Mac 1997

                   Mulai  bulan  Ogos,  kumpulan  pertama  guru-guru  yang mempunyai  ijazah,  Diploma  dan
                    Sijil  dalam  bidang  Bimbingan  dan  Kaunseling  dilantik  sebagai  Guru  Bimbingan  dan
                    Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah seluruh negara.

                   Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
                    kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan
                    Kaunseling selama 6 bulan.  Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Bimbingan
                    dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah menengah.

                   Perjawatan  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  Sepenuh  Masa  (GBKSM)  sekolah
                    menengah  dan  sekolah  rendah  adalah  diluluskan  berdasarkan  keputusan  Jemaah
                    Menteri  bertarikh  11  Julai  2001.    (Rujuk  Surat  Bahagian  Organisasi  dan  Perkhidmatan
                    Bil.KP (PP) 0051/1/ Jld. 8 /(24) bertarikh 3 Ogos 2001).










                                                            11
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14