Page 4 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 4

KATA ALU-ALUAN

               KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
                     KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

             Perkhidmatan  Bimbingan  Dan  Kaunseling  di  sekolah  merupakan  unit  yang  penting  dalam
             pembentukan  kecemerlangan  diri  dan  sahsiah  murid.  Selaras  dengan  pelaksanaan  Pelan
             Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  yang  memfokuskan  enam  ciri  utama  iaitu;  pengetahuan,
             kemahiran  berfikir,  kemahiran  memimpin,  kemahiran  dewibahasa,  etika  dan  kerohanian,  serta
             identiti nasional yang diperlukan oleh setiap murid supaya dapat bersaing pada peringkat global.
             Sehubungan  itu,  pelaksanaan  perekayasaan  Perkhidmatan  Bimbingan  Dan  Kaunseling  di
             sekolah  yang  memberi  fokus  kepada  pembangunan  sahsiah,  peningkatan  disiplin,  pendidikan
             kerjaya dan psikososal seharusnya berada pada tahap yang terbaik. Semua murid sewajarnya
             mendapat  panduan,  bimbingan  kaunseling  yang  berkualiti.  Oleh  itu,  semua    Guru  Bimbingan
             Kaunseling  Sepenuh  Masa  diharap  dapat  menggunakan  buku  panduan  ini  sebagai  rujukan
             utama untuk mewujudkan perkhidmatan yang efektif dan sistematik.

             Impak perkhidmatan yang berkesan dan profesional ini akan mewujudkan suasana sekolah yang
             lebih  kondusif,  selamat  dan  berdaya  saing.    Harapan  kita,  kecemerlangan  ini  akan  menjadi
             pemangkin kepada kepimpinan murid yang mampu bersaing hingga ke pingkat global pada masa
             hadapan.

             Tahniah,  saya  ucapkan  atas  kejayaan  Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian  kerana  Berjaya
             menerbitkan buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling  di sekolah edisi terbaru
             ini.

             Sekian terima kasih.



             DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


















                                                            6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9