Page 5 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 5

KATA ALU-ALUAN

                                                               PENGARAH
               BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN


             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

             Remaja,  khususnya  murid  sekolah  merupakan  aset  penting  Negara.  Kementerian  Pendidikan
             Malaysia  sentiasa  berusaha  meningkatkan  kualiti  pendidikan  agar  dapat  menyediakan  modal
             insan yang menguasai kemahiran insaniah dan memenuhi keperluan industri di era globalisasi
             ini.  Sejajar  dengan    itu,  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  telah  melancarkan  Pelan
             Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

             Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  memainkan  peranan  penting  dalam  membangunkan  murid
             secara  holistik.    Bimbingan  dan  kaunseling  merupakan  satu  cabang  perkhidmatan  sokongan
             pendidikan yang sangat luas dan penting.  Ia    bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada
             murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar, disamping sebagai tunggak pengurusan
             pembangunan  murid.  Peranan  dan  beban  tugas  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  di  sekolah
             telah dikaji semula dan hasil daripada itu, wujudlah Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan
             Kaunseling.

             Sehubungan  itu,    Bahagian  Pengurusan  Sekolah  Harian    telah  mengambil  inisiatif  untuk
             menerbitkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Johor
             yang        diperbaharui  dengan  maklumat  terkini  termasuk  Sistem  Pengurusan  Sekolah  Kualiti
             (SPSK).

             Sukacita  saya  mengucapkan  tahniah  kepada  Sektor  Pengurusan  Kaunseling  Disiplin  kerana
             berjaya  menerbitkan  edisi  terbaru  ini.  Saya  berharap  semua  Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling
             dapat memanfaatkan buku ini dan memantapkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
             di negeri Johor.



             Sekian, terima kasih.





             TUAN ABDULLAH BIN MAD YUNUS










                                                            7
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10