Page 8 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 8

LATAR BELAKANG

                            PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

             1.  SEJARAH

                 Perkhidmatan  Bimbingan  dan  Kaunseling  diperkenalkan  di  dalam  sistem  persekolahan  di
                 Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an.  Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu
                 lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.  Untuk memberi perkhidmatan
                 bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu
                 diadakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang  menjalankan
                 tugas-tugas bimbingan.

                 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan
                 tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti
                 dinyatakan dalam Perakuan 79.

                     “Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah
                    hendaklah     dilaksanakan    sepenuhnya.     Perkhidmatan     ini   hendaklah
                    menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan
                    panduan kerjaya sahaja”

                 Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada
                 guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.

                 Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah :
                   Mulai  tahun  1969  guru-guru  bimbingan  diberi  peluang  menghadiri  kursus  pendedahan
                    bimbingan  dan  kaunseling  anjuran  Kementerian  Pendidikan  selama  seminggu  dalam
                    masa cuti penggal persekolahan.  Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

                   Pada 27 September 1973, Surat Pekeliling Iktisas No. 1, Pengarah Bahagian Sekolah-
                    Sekolah,  Kementerian  Pendidikan  telah  mengarahkan  Perkhidmatan  Bimbingan  dan
                    Kaunseling  dijalankan  atas  nama  Panduan  Pelajaran,  Panduan  Kerjaya  dan  Panduan
                    Peribadi di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh / Sains.  Dua orang guru dari
                    sekolah berkenaan telah dilatih pada bulan April, 1973.

                   Pekeliling Iktisas Bil / 5 1976 bertarikh 5 Mei 1976 pula memberi arahan kepada semua
                    Guru Besar Sekolah Menengah untuk menyediakan kemudahan bilik dan Perkhidmatan
                    Panduan Pelajaran dan Kerjaya.

                   Mulai  tahun 1980  Maktab  Perguruan  Ilmu  Khas memperkenalkan  Kursus  Khas  selama
                    setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan
                    dan Kaunseling.

                   Mulai  tahun  1982  Universiti  Pertanian  Malaysia  mula  memperkenalkan  Ijazah  Sarjana
                    Muda  Pendidikan  (Bimbingan  dan  Kaunseling)  selama  4  tahun.    Keutamaan  diberi
                    kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta
                    berpengalaman mengajar selama 5 tahun






                                                            10
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13