Page 155 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 155
3.0 ABSTRAK
Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.
4.0 ISI KANDUNGAN
Senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.
5.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan dan sebagainya.
6.0 PERNYATAAN MASALAH
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji berserta dengan sokongan daripada kenyataan-
kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.
7.0 METODOLOGI KAJIAN
Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian serta jenis
penganalisisan kajian. Etika kajian juga boleh dimuatkan.
8.0 TINJAUAN ALAT / INSTRUMEN KAJIAN
Huraikan bagaimana anda melakukan tinjauan. Huraian ini mengandungi aspek-aspek
berikut:
i. Jenis instrumen untuk proses tinjauan
ii. Huraian dapatan daripada tinjauan
iii. Analisis dapatan daripada tinjauan
iv. Teori yang dibentuk daripada tinjauan yang dilakukan
v. Nyatakan persoalan yang diberi keutamaan fokus untuk diperbaiki.
9.0 PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan. Perancangan anda mungkin dalam bentuk
kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti dan sebagainya. Perancangan anda perlu
bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.
10.0 PERLAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan bagaimana anda melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.
11.0 REFLEKSI
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas yang diterima
daripada proses refleksi ini.
157