Page 154 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 154

BAHAGIAN 5
             PANDUAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN


             GBKSM  dapat  mengemukakan  pengetahuan  atau  maklumat  yang  diperolehi  daripada  kajian
             melalui penulisan laporan. Maklumbalas mengenai dapatan kajian membolehkan refleksi kendiri
             dilaksanakan.  Bagaimanapun,  terdapat  berbagai  cara  atau  gaya  penulisan  laporan  kajian
             tindakan. Di sini dikemukakan satu cadangan.



             FORMAT MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

                    1.0    Tajuk

                    2.0    Penghargaan
                    3.0    Abstrak
                    4.0    Isi kandungan
                    5.0    Latar belakang kajian
                    6.0    Pernyataan masalah

                    7.0    Metodologi kajian
                    8.0    Tinjauan alat / instrumen kajian
                    9.0    Perancangan tindakan
                    10.0   Pelaksanaan perancangan tindakan

                    11.0   Refleksi
                    12.0   Kesimpulan
                    13.0   Bahan-bahan atau buku rujukan
                    14.0   Lampiran




             1.0 TAJUK

                 Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama penyelidikan dan
                 tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian yang dilaksanakan.

                 CONTOH:

                 i.  Meningkatkan  jumlah  kehadiran  murid  ke  sekolah  (di  satu  kelas  pilihan)  –“Jom,  ke
                     sekolah…”
                 ii.  Meningkatkan jumlah klien sukarela ke bilik bimbingan dan kaunseling.
                 iii.  Meningkatkan rasa hormat menghormati dalam kalangan murid.


             2.0 PENGHARGAAN
                 Penghargaan  hendaklah  diberikan  kepada  semua  pihak  yang  membantu  melaksanakan
                 kajian atau menyiapkan laporan.



                                                           156
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159