Page 152 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 152
9.0 Cadangan bahan yang diperlukan
10.0 Jadual pelaksanaan kajian
11.0 Anggaran perbelanjaan kajian
1.0 Tajuk Kajian
Tajuk kajian haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan
diambil tindakan.
2.0 Nama sekolah
Nyatakan nama sekolah tempat kajian dijalankan
3.0 Kumpulan Penyelidik
Catatkan nama GBKSM dan penyelidik yang terlibat
4.0 Tujuan / Objektif Kajian
Tujuan utama kajian tindakan adalah untuk
Mengubah amalan GBKSM ke arah pendekatan yang lebih baik
Membantu pihak lain mengetahui dan mengenalpasti amalan dalam proses
kaunseling
Memahami situasi bimbingan dan kaunseling
Nyatakan secara spesifik tujuan / objektif kajian yang ingin dicapai.
5.0 Isu / Keperihatinan yang dikaji
Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar masalah yang
dikaji. Penyataan boleh dijelaskan dalam pelbagai bentuk misalnya
Penyataan masalah : contoh – GBKSM mengalami kesulitan dalam usaha
meningkatkan motivasi murid tingkatan 3.
Bentuk keperihatinan : contoh – GBKSM memberi perhatian tentang isu buli
di asrama.
Bentuk soalan : contoh – apakah yang dilakukan oleh GBKSM untuk
mengatasi masalah ponteng sekolah.
6.0 Refleksi masalah
Huraian tentang maklum balas kepada masalah yang dikaji.
7.0 Sasaran kajian
Menentukan subjek yang dikaji secara berfokus.
8.0 Tindakan yang dicadangkan
Huraikan bagaimana melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.
9.0 Bahan yang dicadangkan
Nyatakan segala bahan, instrument dan rujukan yang digunakan
Contoh peralatan : laptop, LCD, pencetak, kertas A4 dan lain-lain.
Contoh instrument : soal selidik, soalan ujian dan lain-lain.
Contoh rujukan : buku-buku atau sumber rujukan lain.
154