Page 148 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 148
Hak-hak kerahsiaan terpelihara.
Penerbitan laporan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ahli jawatankuasa
kajian.
BAHAGIAN 3
PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
1.0 MENGENALPASTI ISU / MASALAH / SITUASI
Untuk mengenalpasti perkara di atas, GBKSM perlu memusatkan perhatian terhadap perkara
-perkara berikut:
Apakah yang sedang berlaku.
Bagaimanakah sesuatu isu / masalah / situasi itu wujud.
Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan GBKSM.
Menghadkan kajian kepada isu yang spesifik, tidak rencam.
Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului seiringan dengan
kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan sekerja)
Menentukan bidang tindakan kajian dalam bimbingan dan kaunseling:
i. Bimbingan Akademik
ii. Kerjaya
iii. Psikososial dan kesejahteraan mental
iv. Kaunseling / bimbingan
v. Keibubapaan
vi. Pembangunan murid
vii. Pendidikan pencegahan dadah dan rokok
viii. Pendidikan pencegahan HIV / AIDS
ix. Pengurusan dan pentadbiran
x. Pengurusan bilik kaunseling
Pemilihan isu kajian
i. Subjek dalam kawalan penyelidikan
ii. Perlukan tindakan segera
iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidikan dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan.
2.0 MERANCANG TINDAKAN
Menyediakan matlamat tindakan
Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadangkan:
Tugas dan tanggungjawab baru
150