Page 146 - buku perkhidmatan guru bimbingan dan kaunseling
P. 146

PANDUAN KAJIAN TINDAKAN
             BAHAGIAN 1


             1.0 PENGENALAN
                 Modul  ini  disediakan  untuk  membantu  guru  bimbingan  dan  kaunseling  sepenuh  masa
                 (GBKSM) dalam usaha menjalankan kajian tindakan di sekolah. Tujuan utama modul ini ialah
                 untuk  menyediakan  panduan  sebelum  sesuatu  tindakan  dapat  dirancang  atau  diambil
                 tindakan. Fokus modul adalah untuk memudahkan pengkaji membuat perancangan tindakan

                 dan melaksanakan kajian tindakan.

             2.0 OBJEKTIF MODUL
                 Selepas menggunakan modul ini diharapkan GBKSM dapat;

                       Memahami konsep asas kajian tindakan
                       Mengetahui ciri-ciri utama kajian tindakan
                       Mengetahui kepentingan kajian tindakan

                       Membezakan  antara  ciri-ciri  kajian  tindakan  dengan  ciri-ciri  kajian  lain  (kajian  kes,
                        kajian strategi, konvensional dll)
                       Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah

                       Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah
                       Merancang dan menulis kertas cadangan kajian tindakan
                       Melaksanakan strategi tindakan
                       Menulis pelaporan kajian tindakan.



             BAHAGIAN 2

             KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN

             1.0 DEFINISI

                 Mc.  Niff  (1988),  “….Pendekatan  untuk  membaiki  atau  meningkatkan  kualiti  pendidikan
                 melalui  perubahan  yang  menggalakkan  guru-guru  menjadi  lebih  sedar  tentang  amalan
                 mereka  sendiri,  menjadi  kritis  terhadap  amalan-amalan  tersebut  dan  bersedia  untuk
                 mengubah  amalan-amalan.  Melibatkan  guru  melaksanakan  inkuirinya  sendiri  serta

                 melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.

                 Elliott  Adelman  (1976)  yang  mempelopori  kajian  tindakan  bilik  darjah  di  United  Kingdom,
                 menegaskan  bahawa  kajian  tindakan  adalah  suatu  pendekatan  yang  berusaha
                 mempertingkatkan  mutu  professional  guru.  Ia  merupakan  penyelidikan  terhadap  situasi

                 sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

             2.0 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

                   Suatu  pendekatan  untuk  memperbaiki  mutu  amalan  perkhidmatan  bimbingan  dan

                                                           148
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151