Page 473 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 473
GARIS PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 2018
1. TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1.1 Merancang, menyelaras, menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
1.2 Merancang belanjawan kokurikulum sepanjang tahun.
1.3 Menyediakan perancangan PKKP kokurikulum peringkat sekolah
1.4 Menyediakan takwim dan jadual aktiviti kokurikulum yang selaras dengan
aktiviti MSSM
1.5 Membantu pengetua mengagih tugas guru dalam kokurikulum
1.6 Merancang,menyelaras dan menyelia upacara-upacara sekolah
1.7 Memastikan penyertaan pelajar dalam aktiviti sekolah secara aktif.
1.8 Mengurus dan mengambil langkah keselamatan kepada guru dan pelajar
1.9 Mengurus dan mencadangkan kursus kepada guru dan pelajar yang
berhubung dengan aktiviti kokurikulum
1.10 Menyediakan peraturan/garis panduan dalam sebarang aktiviti kokurikulum
1.11 Menyemak laporan aktiviti kokurikulum sekolah dan luar sekolah untuk
edaran rujukan dan rekod.
1.12 Sentiasa berbincang dengan pengetua, penolong kanan Pentadbiran dan
HEM untuk kepentingan kokurikulum sekolah
1.13 Merangka program latihan untuk staf baru dalam aktiviti kokurikulum.
1.14 Memantau penyelarasan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagai
mana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42,
No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei
1998.
1.15 Bertanggungjawab mengenai lawatan anjuran sekolah dengan mematuhi
Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
1.16 Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan kokurikulum
untuk meningkatkan tahap pencapaian.
1.17 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
1.18 Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar satu
salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
1.19 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan pelajar dalam bidang
kokurikulum.
1.20 Mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum
dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka.
1.21 Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kemalangan
yang layak dituntut.
22