Page 474 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 474

2.      TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
                      2.1     Membantu  GPK  Kokurikulum menyelaraskan  semua  aktiviti  Kokurikulum
                              sekolah.

                      2.2     Mengadakan mesyuarat  sekurang-kurangnya 2 kali setahun
                      2.3     Merekod  Minit  Mesyuarat dan  edarkan  kepada  Jawatankuasa  Kokurikulum
                              sekolah

                      2.4     Mengumpulkan semua rancangan tahunan dan laporan tahunan setiap rumah
                              sukan, kelab, persatuan, sukan, permainan dan unit beruniform
                      2.5     Membuat  laporan  tahunan  keseluruhan  tentang  aktiviti  dan  pencapaian
                              kokurikulum sekolah.

                      2.6     Melaporkan  kepada  GPK  Kokurikulum tentang  perkembangan  aktiviti  dan
                              perkembangaan Kelab/Persatuan, Sukan dan Unit Beruniform.

                      2.7     Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan Hari Kokurikulum, Hari
                              Sukan, dan sebagainya.
                      2.8     Memastikan tiada unsur subversif tersebar.

                      2.9     Mencadangkan nama pelajar yang layak menerima anugerah kecemerlangan
                              kokurikulum kepada Jawatankuasa Kokurikulum
                      2.10    Menetapkan  tarikh  serta  tempat  mesyurat  agong  bagi  semua  unit
                              kokurikulum.

                      2.11    Menentukan tempat serta jadual kegiatan/perjumpaan kokurikulum.
                      2.12    Merancang pertandingan-pertandingan untuk kegiatan kokurikulum sekolah

                      2.13    Merancang  dan  menyediakan  satu  sistem  penyeliaan  dan  penyimpanan
                              rekod aktiviti kokurikulum
                      2.14    Merancang, mengisi  dan  mengemaskini  papan  kenyataan  rekod  aktiviti
                              kokurikulum untuk meningkatkan prestasi pelajar.

                      2.15    Berbincang      dengan      guru-guru     penasihat     Persatuan/Pasukan
                              Beruniform/Kelab Sukan untuk meningkatkan prestasi mereka.

                      2.16    Menyelaraskan  perancangan  aktiviti kokurikulum penggalan  dan  tahunan
                              persatuan,  pasukan  beruniform  dan  kelab  sukan  untuk  diserahkan  kepada
                              penolong kanan kokurikulum pada masa yang ditetapkan.
                      2.17    Melaksanakan  tugas-tugas  yang  diarahkan  oleh  Pengetua  dari  masa  ke
                              masa.
                      2.18    Memastikan rekod kokurikulum murid diselenggara dengan baik

                      2.19    Memastikan  borang-borang  dan  dokumen  kokurikulum  yang  digunakan
                              sentiasa kemas dan mencukupi

                      2.20    Mengenal  pasti  guru  dan  murid  yang  berpotensi  dalam  aktiviti  kokurikulum
                              serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.

                      2.21    Menentukan  langkah-langkah  keselamatan  murid  semasa  menjalankan
                              aktiviti kokurikulum.






                                                                                                            23
   469   470   471   472   473   474   475   476   477   478   479