Page 478 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 478
7.11 Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
7.12 Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
7.13 Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkatkan pencapaian dalam permainan tersebut.
7.14 Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang (johan
daerah/ negeri, wakil daerah / negeri dan negara).
8. TUGAS KETUA PENASIHAT/GURU PENASIHAT KELAB, PERSATUAN DAN
UNIT BERUNIFORM
8.1 Membentuk Jawatan kuasa
8.2 Memastikan:
PKKP dibuat dan dihantar kepada GPK Kokurikulum, penyelaras dan
disimpan dalam fail kelab dan persatuan masing-masing.
Aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
Ada perlembagaan
Menjalankan tugas seperti termaktub dalam perlembagaan
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan
kepada penyelaras
Memastikan aktiviti berjalan lancar
Menghantar laporan setiap aktiviti kepada penyelaras
Mengurus kewangan, harta benda persatuan
Menghantar buku laporan aktiviti setiap 3 bulan untuk disahkan oleh GPK
Kokurikulum
8.3 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan persatuan/kelab/unit
beruniform.
8.4 Memastikan minit mesyurat dan laporan aktiviti mengikut unit masing-masing
disedia dan difailkan
8.5 Menguruskan penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah/zon/daerah
dalam aktiviti yang dijalankan.
8.6 Mengiringi pelajar dalam lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang
diarahkan oleh JPN/PPD atau mendapat kelulusan jabatan.
8.7 Menghadiri semua mesyurat dan semua aktiviti yang dirancangkan oleh unit-
unit masing-masing.
8.8 Membantu penyelaras menyediakan laporan unit masing dan sebarang
perkara berbangkit dan jika perlu dipanjangkan kepada setiausaha
kokurikulum, GPK Kokurikulum atau Pengetua.
8.9 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli
8.10 Memantau dan menandatangani buku kehadiran ahli dan aktiviti kokurikulum.
27