Page 483 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 483
PERATURAN-PERATURAN DALAM PROSEDUR KESELAMATAN PELAJAR KETIKA
MENJALANI AKTIVITI KOKURIKULUM
1.0 Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum (Umum)
1.1 Tatacara pelajar
1.1.1 Pelajar mesti mendapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga masing-masing.
1.1.2 Semua pelajar mesti mengikuti program yang diadakan di peringkat sekolah
kecuali yang diberi pengecualian dengan mengemukakan surat akuan /
doktor.
1.1.3 Pelajar mesti mematuhi syarat / peraturan yang ditetapkan untuk
pelaksanaan program.
1.1.4 Pelajar mesti akur dengan arahan pemimpin / penasihat / guru sewaktu
program.
1.1.5 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
1.1.6 Pelajar dilarang meninggalkan program tanpa kebenaran.
1.1.7 Pelajar dikehendaki membuat persediaan diri sewajarnya mengikut program
yang akan dijalankan / disertai.
1.1.8 Pelajar mesti sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga dan sekolah.
1.2 Tatacara pemimpin / penasihat / guru
1.2.1 Pemimpin / penasihat mesti mengemukakan cadangan / perancangan aktiviti
kepada setiausaha kokurikulum untuk perbincangan, semakan dan
kebenaran.
1.2.2 Pemimpin / penasihat hendaklah menilai peserta yang benar-benar layak.
1.2.3 Pemimpin / penasihat hendaklah menyediakan susunan program dan
peraturan.
1.2.4 Pemimpin / penasihat hendaklah melaksanakan pakej keselamatan
sepanjang masa.
1.2.5 Pemimpin / penasihat hendaklah menyediakan laporan dan menyerahkan
kepada pihak PK Kokurikulum.
1.2.6 Pemimpin / penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga setiap masa
(meramal risiko).
1.3 Peranan ibu bapa
1.3.1 Mengambil tahu aktiviti yang diikuti oleh anak jagaan masing-masing.
1.3.2 Meneliti borang yang disediakan / menangani surat kebenaran.
1.3.3 Mengenal pasti keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti.
1.3.4 Mengenal pasti guru-guru yang menguruskan aktiviti.
2.0 Penggunaan Bilik Sukan, Alatan dan Kemudahan Sukan
2.1 Tatacara pelajar
2.1.1 Pelajar dilarang masuk ke bilik sukan tanpa urusan / kebenaran.
2.1.2 Pelajar hendaklah memberitahu alatan / kemudahan yang diperlukan kepada
guru / pengawas sukan yang bertugas.
32