Page 485 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 485

3.2     Tatacara jurulatih / guru / penasihat

                       3.2.1  Jurulatih  /  guru  /  penasihat  bertanggungjawab  menentukan  jadual  program
                              dan hadir mengikut jadual.
                       3.2.2  Jurulatih / guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
                       3.2.3  Jurulatih / guru / penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan
                              dan kemampuan pelajar.
                       3.2.4  Jurulatih / guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar (siasat)
                              tentang taraf kesihatan.
                       3.2.5  Jurulatih  /  guru  /  penasihat  mesti  mengambil  langkah  berjaga-jaga  yang
                              sewajarnya untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
                       3.2.6  Jurulatih / guru / penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin
                              yang tinggi dan mematuhi peraturan sekolah.

               4.0     Kegiatan Badan Beruniform


               4.1     Tatacara pelajar

                       4.1.1  Pelajar hendaklah memastikan kesihatan diri untuk menjalankan aktiviti dan
                              mengenakan pakaian yang sesuai mengikut aktiviti.
                       4.1.2  Pelajar  hendaklah  berada  di  lokasi  /  tempat  aktiviti  pada  masa  yang
                              ditentukan.
                       4.1.3  Ketua / pengerusi hendaklah merekodkan kehadiran.
                       4.1.4  Pelajar yang tidak hadir hendaklah dilaporkan segera.
                       4.1.5  Pelajar hendaklah mematuhi arahan daripada guru / penasihat bila-bila masa.
                       4.1.6  Pelajar  hendaklah  memastikan  alatan  yang  digunakan  tidak  rosak  dan
                              lengkap.
                       4.1.7  Pelajar hendaklah melaporkan kepada guru sekiranya alatan yang dibekalkan
                              atau digunakan rosak.
                       4.1.8  Pelajar  hendaklah  melaporkan  sebarang  kemalangan  yang  berlaku  kepada
                              guru / penasihat.

               4.2     Tatacara guru / penasihat


                       4.2.1  Guru  /  penasihat  bertanggungjawab  menentukan  jadual  program  dan  hadir
                              mengikut jadual yang ditetapkan.
                       4.2.2  Guru / penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
                       4.2.3  Guru  /  penasihat  menentukan  objektif  aktiviti  berdasarkan  peralatan  dan
                              kemampuan pelajar.
                       4.2.4  Guru / penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar (siasat) tentang
                              taraf kesihatan.
                       4.2.5  Guru / penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yanag  sewajarnya
                              untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
                       4.2.6  Guru / penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin yang tinggi
                              dan peraturan sekolah.















                                                                                                            34
   480   481   482   483   484   485   486   487   488   489   490