Page 486 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 486
5.0 Kegiatan Persatuan dan Kelab
5.1 Tatacara pelajar
5.1.1 Pelajar hendaklah berada di bilik / tempat yang ditentukan tepat pada masa
yang ditetapkan.
5.1.2 Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
5.1.3 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai mengikut arahan.
5.1.4 Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
5.1.5 Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
5.1.6 Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
5.1.7 Sekiranya anda merasa tidak selesa atau diluar kemampuan diri semasa
aktiviti sila berhenti dan memberitahu kepada guru.
5.1.8 Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
5.1.9 Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang
bertugas.
5.2 Tatacara penasihat
5.2.1 Penasihat bertanggungjawab menentukan jadual program dan hadir mengikut
jadual.
5.2.2 Penasihat hendaklah merekodkan kehadiran pelajar.
5.2.3 Penasihat menentukan objektif aktiviti berdasarkan peralatan dan
kemampuan pelajar.
5.2.4 Penasihat hendaklah mengambil berat aduan pelajar (siasat) tentang taraf
kesihatan.
5.2.5 Penasihat mesti mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk
mengelakkan sebarang kemalangan.
5.2.6 Penasihat mesti memastikan pelajar mengamalkan disiplin yang tinggi dan
peraturan sekolah.
6.0 Kegiatan Luar Aktiviti Gotong Royong
6.1 Tatacara pelajar
6.1.1 Pelajar hendaklah melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
6.1.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai.
6.1.3 Pelajar hendaklah mematuhi arahan dan pembahagian tugas.
6.1.4 Pelajar hendaklah memaklumkan kepada guru sekiranya ternampak binatang
/ serangga yang ganjil dan berbahaya.
6.1.5 Pelajar hendaklah sentiasa bekerja dalam kumpulan.
6.1.6 Pelajar dilarang bermain dan bergurau dengan peralatan.
6.1.7 Pelajar hendaklah memastikan peralatan yang digunakan sesuai dan
sempurna.
6.1.8 Pelajar hendaklah melaporkan kepada guru sekiranya peralatan rosak.
6.1.9 Pelajar hendaklah memulangkan semua peralatan yang digunakan.
6.1.10 Pelajar hendaklah membersihkan diri selepas tamat program.
6.1.11 Pelajar hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan.
35