Page 490 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 490
PANDUAN DAN PERINGATAN TERHADAP SEMUA KEGIATAN KOKURIKULUM SMK
CHANIS.
1. Semua kegiatan (Mesyuarat, perjumpaan, pertandingan dan semua jenis aktiviti
termasuk perkhemahan dan lawatan sambil belajar sama ada di luar atau di dalam
sekolah) mesti mendapat kebenaran pengetua sebelum kegiatan itu dijalankan.
2. Pelajar yang mengadakan mesyuarat, mengatur perjumpaan dan aktiviti sendiri tanpa
kebenaran pengetua sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh dilucutkan jawatan
atau dibuang dari unit Gerko atau dibuang sekolah.
3. Semua pelajar tidak dibenarkan mengadakan aktiviti selepas jam enam petang kecuali
mendapat kebenaran daripada pengetua.
4. Semua aktiviti Gerko mesti tamat jam enam petang.
5. Ketua setiap unit Gerko mesti memastikan semua ahli memakai pakaian yang sesuai
semasa aktiviti dijalankan.
6. Murid yang tidak mematuhinya tidak boleh memasuki sekolah dan menyertai aktiviti.
Tindakan akan diambil ke atas pelajar tersebut.
7. Setiap ahli unit Gerko mesti meletakkan kenderaan seperti yang ditetapkan iaitu di luar
pagar sekolah.
8. Semua aktiviti Gerko mesti diiringi atau disertai oleh guru penasihat.
9. Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan pada setiap ketika.
10. Berkawad di padang sekolah dibenarkan kecuali pada waktu hujan dengan pakaian
yang sesuai.
11. Ketua setiap unit Gerko hendaklah memastikan tempoh sesuatu aktiviti bersesuaian
dan tidak terlalu panjang. Masa berhenti sesuatu aktiviti yang ditetapkan mesti dipatuhi
supaya ibu bapa dapat mengambil pelajar balik pada masa yang ditetapkan atau untuk
memberi laluan kepada aktiviti lain.
12. Semua aktiviti tidak boleh dijalankan di sekolah lain atau tempat lain kecuali dengan
kebenaran daripada pengetua diperolehi terlebih dahulu.
13. Tidak dibenar sama sekali menyambung talian elektrik sendiri dalam apa jua cara pun
sama ada di bilik unit Gerko atau semasa kegiatan Gerko.
14. Tidak menggunakan bilik darjah dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran dan
ketetapan yang telah dibuat oleh jawatankuasa kokurikulum.
15. Ketua unit Gerko atau guru-guru penasihat mestilah orang terakhir meninggalkan
tempat aktiviti (selepas memastikan semua dalam keadaan selamat).
16. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memanjat masuk atau menceroboh kawasan sekolah
pada bila-bila masa.
17. Pelajar tidak dibenarkan datang ke sekolah pada awal pagi contohnya pada jam empat
atau lima pagi untuk membuat persediaan perkhemahan, jualan kantin, lawatan dan
sebagainya. Persediaan hanya boleh bermula selepas jam tujuh pagi dan dengan
kebenaran pengetua terlebih dahulu.
18. Pelajar tidak dibenarkan bermalam di kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran
pengetua secara bertulis dan ada guru bersama sepanjang malam.
39