Page 491 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 491
19. Ketua mestilah memastikan semua aktiviti yang dijalankan selamat pada setiap ketika.
20. Semua alat seperti parang, pisau dan lain-lain yang berbahaya mesti disimpan dengan
baik agar tidak mengundang bahaya.
21. Ketua setiap Gerko menerima arahan dari guru penasihat dan pentadbir sekolah
sahaja dan bukan daripada ketua/leader/ahli yang sudah keluar sekolah (mereka
hanya boleh membantu bukan memberi arahan).
22. Semua surat jemputan ke unit Gerko sekolah lain atau luar mesti melalui pengetua
(seperti format yang ditunjukkan).
23. Semua pelajar tidak dibenarkan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah lain
atau badan lain atau orang luar kecuali mendapat kebenaran pengetua dan ada guru
bersama.
24. Surat kebenaran ibu bapa mesti diperolehi terlebih dahulu dan disimpan oleh pihak
sekolah sebelum pelajar dibenarkan melakukan aktiviti Gerko.
25. Pelajar tidak dibenarkan menyertai pertubuhan luar atau mewakili pertubuhan luar
dalam pertandingan kecuali mendapat kebenaran pengetua terlebih dahulu.
26. Perjalanan pergi balik ke mana-mana tempat aktiviti Gerko mesti ada guru bersama
pada sepanjang perjalanan.
27. Semua pungutan wang tidak dibenarkan kecuali telah mendapat kebenaran pengetua
terlebih dahulu untuk menjalankan sesuatu aktiviti yang telah dirancangkan dan telah
diluluskan.
28. Semua unit Gerko yang membuat pungutan wang atas kebenaran pengetua hendaklah
membuat akaun keluar masuk wang dan kewangan perlu disimpan oleh guru
penasihat dan prosedur kewangan perlu dipatuhi.
29. Setiap unit Gerko mesti memastikan bilik unit Gerko masing-masing kemas, bersih,
cantik dan ceria.
30. Tidak dibenarkan menggunakan bilik darjah sebagai tempat tidur semasa
perkhemahan kecuali keadaan tersangat bahaya. Guru penasihat boleh mengambil
keputusan beredar ke bilik darjah semasa keadaan yang difikirkan perlu. Bilik darjah
perlu diatur semula selepas digunakan seperti sediakala.
31. Semasa perkhemahan atau aktiviti jika perlu menggunakan bilik air, kebersihan bilik air
mesti dijaga pada setiap ketika. Segala kerosakan mesti dilaporkan dengan kadar
segera kepada pentadbir untuk diganti/dibaiki (tandas guru tidak dibenarkan untuk
kegunaan murid).
32. Laporan mesti disiapkan kepada pihak sekolah selepas aktiviti Gerko dijalankan.
Segala perkara yang berlaku mesti dicatat termasuklah maklumat guru yang hadir
bersama.
33. Semua unit Gerko mestilah menetapkan sasaran pencapaian tahunan di peringkat
sekolah/daerah/negeri/kebangsaan pada awal tahun dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai pencapaian tahunan yang ditetapkan.
34. Semua unit Gerko mestilah menyediakan perancangan strategik unit masing-masing
dan berusaha untuk menambahbaik Gerko masing-masing dengan pelbagai kaedah
dan pendekatan.
40