Page 488 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SMK CHANIS 2018
P. 488

7.2.10 Guru  /  penasihat  dikehendaki  mengambil  langkah  berjaga-jaga  yang  tinggi
                              dalam semua perkara (meramal risiko).

               8.0     Kegiatan Luar Perkhemahan


               8.1     Tatacara pelajar

                       8.1.1  Pelajar dikehendaki melengkapkan borang kebenaran ibu bapa.
                       8.1.2  Pelajar mesti patuh kepada arahan dan berada di tempat yang ditentukan.
                       8.1.3  Pelajar dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
                       8.1.4  Pelajar mesti menyediakan semua peralatan yang diperlukan.
                       8.1.5  Pelajar mesti menyediakan pakaian secukupnya dan bersesuaian.
                       8.1.6  Pelajar mendirikan khemah di kawasan yang dikenalpasti selamat.
                       8.1.7  Pelajar dikehendaki  membersihkan  kawasan  persekitaran  dan  menabur
                              belerang di sekeliling khemah.
                       8.1.8  Pelajar dilarang merosakkan / menebang sebarang pokok / tumbuhan.
                       8.1.9  Hentikan aktiviti sekiranya cuaca buruk akan berlaku.
                       8.1.10 Pelajar  dikehendaki  melaporkan  kepada  guru  sekiranya  ada  gangguan
                              daripada haiwan liar, gigitan serangga dan kecemasan.
                       8.1.11 Sekiranya  sakit  berterusan  keluar  dari  kawasan  perkhemahan  untuk
                              mendapatkan rawatan di hospital / klinik.
                       8.1.12 Pelajar  dilarang  menjalankan  aktiviti  di  air  tanpa  pengawasan  guru  /
                              penyelamat kelemasan.
                       8.1.13 Pelajar mesti memakai jaket keselamatan untuk menjalankan aktiviti di air.

               8.2     Tatacara guru / penasihat


                       8.2.1  Guru / penasihat perlu ada sijil yang berkaitan untuk sesuatu program.
                       8.2.2  Guru / penasihat mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat.
                       8.2.3  Guru  /  penasihat  mesti  menyediakan  syarat,  peraturan,  senarai  keperluan
                              untuk semua aktiviti yang akan dijalankan.
                       8.2.4  Guru / penasihat perlu membuat kajian / tinjauan tentang kawasan / lokasi
                              aktiviti (perkhemahan / air).
                       8.2.5  Guru / penasihat perlu mengatur pengisian program dengan teliti.
                       8.2.6  Guru / penasihat perlu menyediakan pembantu / pegawai secukupnya.
                       8.2.7  Guru / penasihat perlu membuat menyeliaan dan pengawasan rapi.
                       8.2.8  Guru  /  penasihat  perlu  mengambil  sebarang  langkah  berjaga-jaga  untuk
                              mengelakkan sebarang kecemasan / kemalangan.


               9.0     Perjumpaan Mingguan (Hari Gerak Kerja Kokurikulum)

               9.1     Tatacara pelajar


                       9.1.1  Pelajar  mesti  hadir  ke  sekolah  seperti  biasa  dengan  mengenakan  pakaian
                              yang dibenarkan / Badan Beruniform.
                       9.1.2  Pelajar  mesti  melaporkan  kehadiran  kepada  pemimpin  /  penasihat  untuk
                              setiap sesi mengikut jadual.
                       9.1.3  Pelajar dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
                       9.1.4  Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing.
                       9.1.5  Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin pada waktu rehat.
                       9.1.6  Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah.




                                                                                                            37
   483   484   485   486   487   488   489   490   491   492   493